LinkWithin

Pengikut

Jana Wang $$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$ Jana Wang

Ex4 to Mq4 services system Your Internet Cash Generator

Ahad, April 04, 2010

MIC yakin BN akan rampas Hulu S'gor


MIC yakin BN akan merampas semula kerusi parlimen Hulu Selangor dalam pilihan raya kecil 25 April ini, kata setiausaha agungnya, Datuk Dr S Subramaniam.


Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Akademi Persatuan Malaysia Hindu Archagar Sangam di Ipoh hari ini, beliau berkata sebahagian besar daripada kira-kira 12,000 pengundi kaum India, kini telah kembali menyokong BN selepas mereka mengalihkan sokongan dalam pilihan raya umum 2008.

Pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 25 Mac lalu akibat barah otak.

Allahyarham mengalahkan timbalan presiden MIC, Datuk G. Palanivel dengan majoriti 198 undi dalam pilihan raya umum 2008.

- Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

dari mana demer

visitor