LinkWithin

Pengikut

Jana Wang $$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$ Jana Wang

Ex4 to Mq4 services system Your Internet Cash Generator

Sabtu, Mei 22, 2010

7 lelaki terlibat dalam kegiatan gay ditahan

PULAU PINANG - Tujuh lelaki tempatan yang dipercayai terlibat dengan kegiatan gay ditahan dalam satu serbuan di Pulau Tikus di sini, pukul 9.30 malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner II, Wan Abdullah Tunku Said berkata, sepasukan anggota dari Cawangan Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) terpaksa menunggu selama 30 minit untuk menyerbu pusat kecergasan diri itu kerana premis berkenaan hanya dibuka kepada ahli-ahli sahaja.

"Hasil pemeriksaan, polis menahan tujuh lelaki yang terlibat dengan kegiatan tidak bermoral itu, iaitu seorang penjaga premis, dan enam lelaki pekerja premis yang masing-masing berusia antara 20-an dan 30-an," katanya kepada pemberita ketika dihubungi di sini hari ini.

Wan Abdullah berkata, polis merampas tiga helai tuala, minyak urut, tisu, dan satu botol plastik krim pelincir yang dipercayai untuk kegunaan aktiviti itu.

Siasatan awal polis mendapati premis terbabit beroperasi tanpa lesen perniagaan, katanya.

Beliau berkata, suspek akan disiasat mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun, denda, atau dikenakan sebatan rotan. - Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

dari mana demer

visitor