LinkWithin

Pengikut

Jana Wang $$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$ Jana Wang

Ex4 to Mq4 services system Your Internet Cash Generator

Jumaat, Mei 21, 2010

Barca buru Torres


















TORRES













LONDON - Liverpool kini berdepan ujian paling besar apabila Barcelona membuat tawaran £70 juta (RM330 juta) bagi mendapatkan khidmat Fernando Torres.
 
Semalam Barca yang telah berjaya 'mengikat' penyerang Valencia, David Villa turut dilapor mahu membawa masuk kapten Arsenal, Cesc Fabregas ke Nou Camp.
Dengan seorang presiden baru akan mengambil alih kelab Catalan itu selepas kempen Piala Dunia 2010 nanti, Torres pasti menjadi buruan No. 1 mereka.

Terdahulu, Torres, 26, tidak merahsiakan lagi kekecewaannya terhadap pencapaian Liverpool sejak beberapa musim lalu dan kegagalan mereka beraksi dalam Liga Juara-Juara musim depan lebih memburukkan lagi keadaan.
Dia masih belum memenangi sebarang trofi selama tiga tahun di Anfield dan hajatnya untuk menjulang trofi Liga Juara-Juara dalam kariernya juga dilihat semakin tipis.

Berita mengenai Villa menyertai Barca dengan harga £35 juta (RM165 juta) jelas sekali satu tamparan baru buat Liverpool yang terdesak untuk mengekalkan bintang mereka itu di Anfield.
Villa dan Fabregas pula telah lama diburu presiden Barca ketika ini, Joan Laporta yang menganggap dua pemain bintang itu sebagai aset penting dalam kesinambungan kejayaan kelab tersebut.
Laporta akan membelanjakan RM330 juta bagi memburu Torres dan jumlah itu adalah yang terbesar pernah dibelanjakan mereka pada musim perpindahan kali ini berbanding musuh ketat, Real Madrid. - Agensi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

dari mana demer

visitor