LinkWithin

Pengikut

Jana Wang $$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$ Jana Wang

Ex4 to Mq4 services system Your Internet Cash Generator

Selasa, Mei 25, 2010

Di mana pengasingan kuasa?

V. SIVAKUMAR TENGAH

Harakahdaily
IPOH, 25 Mei: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak menyifatkan keputusan Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Speaker Pakatan Rakyat bagi Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak, V Sivakumar semalam sebagai mencabar kuasa Speaker dan mencampuri urusan Dun.

Setiausahanya, Dr. Raja Ahmad Al-Hiss berkata, keputusan itu seolah-olah menunjukkan tidak berlaku pengasingan kuasa antara legislatif dan kehakiman dalam negara ini.

"Bagi Pemuda Perak, mahkamah dilihat telah mencampuri urusan Dewan Undangan Negeri (Dun) yang mana kuasa yang telah diberikan kepada Speaker adalah jelas tanpa boleh di cabar oleh mana-mana mahkamah.

"Jika perkara ini berlaku, jelas pengasingan kuasa yang sepatutnya dilaksankan berdasarkan legislatif dan kehakiman tidak berlaku di dalam negara kita," katanya.

Mahkamah Persekutuan di Putrajaya semalam menolak permohonan Sivakumar, untuk mengenepikan keputusan membenarkan tiga Adun yang keluar parti menjadi wakil Bebas mengekalkan kerusi masing-masing.

Tiga Adun tersebut adalah Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang), Kapt (B) Mohd Osman Jailu (Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (Jelapang).

Hakim Datuk Zulkefli Ahmad Makinudin yang mengetuai panel tiga hakim, membatalkan permohonan Sivakumar selepas membenarkan bantahan awal yang dikemukakan oleh peguam ketiga-tiga wakil rakyat serta peguam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), yang bertindak sebagai pencelah.

Mengulas lanjut, Raja Ahmad berkata, selain menafikan kuasa speaker, perkara 72 Perlembagaan juga seperti tidak dihormati dan beliau juga tidak menolak kemungkinan ada campur tangan pihak-pihak tertentu yang berkepentingan.

"Apakah kuasa Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menafikan kuasa Speakar dan mencemar DUN yang dipelihara oleh Perlembagaan.

"Secara tidak langsung Perlembagaan Malaysia dibawah Artikel 72 telah dikhianati oleh sistem itu sendiri. Sekarang ini jelas menunjukkan seperti ada campur tangan pihak-pihak tertentu di dalam memastikan pelanggaran perlembagaan negara yang sudah dirancang ini," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

dari mana demer

visitor