LinkWithin

Pengikut

Jana Wang $$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$ Jana Wang

Ex4 to Mq4 services system Your Internet Cash Generator

Rabu, Mei 19, 2010

Kematian Ramli: Polis klasifikasi kes bunuh

Kematian pengawal Istana Kelantan, Ramli Mohamad hari ini yang parah akibat ditembak pada 1 Mei lalu akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Amir Hamzah berkata sebelum ini polis menyiasat kes berkenaan mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api.

"Polis akan menyiasat kes tersebut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh selepas mangsa meninggal dunia," katanya ketika dihubungi Bernama di Kota Bharu.

Amir bagaimanapun enggan mengulas mengenai perkembangan siasatan kes itu.

Pada 1 Mei lalu, Ramli yang sedang menunggang motosikal untuk pulang ke rumah, ditembak oleh individu yang tidak dikenali di Kampung Kok Keli, Tumpat.

Beliau mengalami kecederaan parah akibat terkena empat das tembakan dari jarak dekat.

Ramli meninggal dunia pada jam 3.30 pagi hari ini di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di Kota Bharu.

Bernama juga melaporkan seorang kakitangan Istana Kelantan ditahan bagi membantu siasatan polis berhubung kes berkenaan.

Laporan sebelum ini menyebut, seorang suspek warga tempatan berusia 40 tahun ditahan bagi siasatan yang sama.

Sementara itu, seorang daripada anak Allahyarham -- Muhammad Faris berkata jenazah bapanya itu akan dikebumikan selewat-lewatnya malam ini.

"Saya sedih juga. Saya rasa saudara pun tahu bagaimana rasanya (jika kehilangan ayah)."

Katanya, jenazah bapanya itu akan disemadikan di perkuburan Islam Kampung Kok Keli, Tumpat.

Difahamkan jenazah allahyarham akan dikafankan di hospital dan akan dibawa ke Masjid Muhammadi untuk solat jenazah.

Setakat petang tadi, jenazah Ramli masih berada di HRPZII untuk bedah siasat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

dari mana demer

visitor