LinkWithin

Pengikut

Jana Wang $$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$ Jana Wang

Ex4 to Mq4 services system Your Internet Cash Generator

Khamis, Mei 20, 2010

Kerana pokok nangka, lelaki dikelar di leher

a




KUANTAN - Seorang pembantu restoran warga Myanmar cedera dikelar di bahagian leher oleh seorang peniaga di Bukit Tinggi, Bentong, dekat sini semalam selepas mereka bergaduh disebabkan pokok nangka.

Pegawai Urusetia Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Asisten Supritendan Noor Asyikin Shamsuri berkata, kejadian berlaku pada kira-kira pukul 11.30 pagi semasa lelaki Myanmar yang berumur 21 tahun itu hendak menebang dahan pokok nangka di hadapan tempat kerja selepas diarah oleh majikanya.

Beliau berkata, seorang lelaki berusia 34 tahun yang merupakan pemilik gerai buah-buahan di sebelah restoran itu tiba-tiba muncul dan terus memaki hamun pembantu restoran itu.

"Berlaku sedikit pergelutan dan pemilik gerai buah-buahan itu mengelar bahagian leher pembantu restoran tersebut menggunakan sebilah parang,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Noor Asyikin berkata, lelaki Myanmar itu dibawa ke klinik berdekatan oleh majikannya dan menerima tujuh jahitan, manakala pemilik gerai buah-buahan itu pula ditahan polis bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Katanya, pemilik restoran itu dipercayai hendak menebang dahan pokok itu yang menghalang pandangan orang ramai terhadap restorannya, manakala pemilik gerai buah-buahan itu pula mahu menggunakan dahan dan rimbunan pokok itu bagi melindungi gerainya daripada sinaran matahari. - Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

dari mana demer

visitor