LinkWithin

Pengikut

Jana Wang $$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$ Jana Wang

Ex4 to Mq4 services system Your Internet Cash Generator

Jumaat, Mei 21, 2010

Nazri terlepas tindakan hina mahkamah

KUALA LUMPUR, 21 Mei — Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz terlepas daripada dikenakan tindakan menghina mahkamah selepas koroner menolak usul memohon mendakwa beliau, hari ini.

Nazri menyifatkan pakar patologi dari Thailand Dr Pornthip Rojanasunand dalam inkues Teoh Beng Hock sebagai “pembohong”, bulan lalu.

Koroner Azmil Muntapa Abas dalam keputusannya berkata, Nazri hanya membuat pandangan peribadi berkaitan dengan pakar forensik berkenaan.

“Kenyataan dibuat Nazri adalah pandangan beliau sendiri,” kata Azmil sambil menambah, tiada bukti jelas menunjukakn kenyataan dibuat Nazri itu bertujuan mencampuri prosiding inkues.
Permohonan dibuat oleh abang mendiang Teoh bagi menyaman Nazri (gambar)atas dakwaan menghina mahkamah.

Kes dikemukakan oleh peguam Karpal Singh yang mewakili keluarga Teoh.
Sebelum ini, Karpal yang bertindak bagi pihak abang Teoh, Meng Kee, memberitahu koroner bahawa kenyataan umum oleh Nazri secara langsung menuduh pakar itu sebagai “pembohong”, dan seolah-olah beliau telah melakukan sumpah bohong dalam inkues berkenaan
.
Beliau berkata Nazri tidak sepatutnya menghakimi saksi terlebih dahulu dan terpulang kepada mahkamah untuk menentukan sama ada beliau seorang saksi yang bercakap benar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

dari mana demer

visitor