LinkWithin

Pengikut

Jana Wang $$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$ Jana Wang

Ex4 to Mq4 services system Your Internet Cash Generator

Selasa, Mei 18, 2010

LESEN JUDI, SUKAN DAN WARDAH


Gila!

Itu respon spontan saya apabila membaca kenyataan Timbalan Menteri Kewangan, Dato’ Dr Awang Adek Hussein yang berkata kerajaan sedang menimbang untuk mengeluarkan lesen pertaruhan (baca: lesen judi) sukan untuk kejohanan bola sepak Piala Dunia awal Jun ini. Katanya sudah ada syarikat yang mengemukakan permohonan itu.

Alasan yang diberikan ada dua. Pertama, untuk mengelakkan judi haram. Kedua, kerajaan akan mendapat hasil yang boleh digunakan termasuk untuk pembangunan sukan di negara ini.

Saya seperti tidak percaya membaca itulah alasan yang diberikan oleh Awang Adek. Sebelum ini, saya pernah beberapa kali berdiskusi dengan beliau dan saya dapati Awang Adek adalah seorang pemimpin politik yang mempunyai idea bernas dan berfikiran terbuka. Dalam hal ini, saya lihat dia terbuka, tetapi idea itu tidak bernas!

Alasan melesenkan sesuatu yang diharamkan oleh Islam supaya ia mudah dikawal ialah alasan karut. Ia menunjukkan betapa lemahnya kerajaan sehingga tidak mampu mengawal sesuatu yang haram. Kalau itulah logiknya, maka saya sarankan kerajaan menimbangkan juga cadangan mengadakan “Wardah” – “warung dadah” (sama seperti “wartel”) agar pengambilannya dapat dikawal seperti Awang Adek ingin mengawal judi bola sepak!

Hujah mengenai pendapatan tambahan negara juga saya fikir cetek. Adakah kerajaan tidak berasa bersalah menambah dana negara dan membangunkan sukan melalui pendapatan haram?

Saya fikir cukuplah dengan kesalahan-kesalahan yang dilakukan. Marilah kita bersama-sama membersihkan apa yang dilakukan dan tak perlulah menimbangkan idea-idea karut sebegini. Sepatutnya, awal-awal lagi kerajaan menolak permohonan lesen judi itu.

Kenyataan Awang Adek mengingatkan saya kepada pendapat Ketua Penerangan UMNO, Dato’ Ahmad Maslan yang mengatakan keputusan pilihanraya kecil Hulu Selangor menunjukkan orang Melayu dan rakyat umumnya kembali memberikan sokongan kepada kerajaan.

Sekiranya kita menerima hujah Ahmad Maslan, maka kita harus bertanya adakah ini cara kerajaan membalas sokongan pengundi Islam yang menyokong Barisan Nasional?

Atau, adakah pemimpin kerajaan sudah mula leka dan merasakan mereka boleh berbuat apa sahaja dan pengundi Islam akan terus memberikan sokongan?

Ah, begitulah naifnya cara sesetengah kita berfikir!

39 Responses to “LESEN JUDI, SUKAN DAN WARDAH”

  1. KAMALIA says:

    agree……hasil judi tuh haram:)mn leh halalkan yg haram….yg haram tetap haram.

  2. denaihati says:

    Melayu mudah lupa terutama apabila sudah mula rasa selesa.

  3. Jin Buragas says:

    Salam …
    Saya amat bersetuju dengan pendapat saudara dan Teramat kesal kerana Cadangan tersebut terbit dari seorang Pemimpin Melayu Islam UMNO. Jangan kerana hendak mengambil hati atau memenuhi kehendak setengah golongan, kita menuruti apa saja kemahuan mereka. Jangan Kerajaan melacurkan kepercayaan Rakyat kepada BN. BN yang diterajui UMNO tidak perlu tunduk kepada golongan ini kerana golongan ini adalah ‘Opportunist’. Jangan kerana hendak meraih undi dari mereka kita terpaksa membodohkan diri kita sehingga membuat keputusan yang dimurkai oleh orang Islam dan Allah.

    Jangan kita diperdaya oleh golongan pembelot dan yang suka menangguk di air keruh. Fikir-kirkanlah…..Majoriti rakyat negara ini adalah Melayu Islam…..Jangan kita ditipu seperti di PRK Hulu Selangor……mereka menipu secara halus dan bantuan diberikan kepada mereka tetapi mereka hanya bermuka-muka…mereka tetap tidak boleh dipercayai..

  4. Alunbm says:

    Adakah ini namanya bijak tak boleh diikut dan bodoh tak boleh diajar!!!
    Amat menyedihkan sekali cadangan yang datang nya seorang menteri melayu dan tentunya beragama islam.

    Saya ingin sekali mendengar apa alasan sibijak ini dari hukum islam adakah judi itu ada yang halal dan ada yang haram. Setahu saya budak umur 8 tahun sudah diajar judi itu haram hukumnya di sisi agama islam…

    Kalau macam ni lah ucapan datang menteri umno asal dari kelantan nampaknya tunggu kucing bertanduk baru dapat Bn menawan Kelantan!!!.

  5. wongkito says:

    memang gile!!!!
    Salam Tuan..sebalum ini saya hanya mengikuti apa yang Tuan tulis…tapi bagi tajuk ini memang saya terpanggil untuk komen…
    Yang benar kite pertahan ia benar…salah tetap salah…Haram tetap haram…walau apa alasan yang deberi…bayangkan kalau kite sara keluarga dengan hasil haram…apa akan jadi…terimalah balasan tuhan kalau orang islam sendiri yang cuba menghalalkan apa yang haram…kalau saya menteri dah lama saya pecat sipolan ini…

  6. Shamsuri Atrabi says:

    Memang jawapan bodoh dari seorang Timbalan Menteri. Sebagai seorang Melayu dan seorang Islam, jawapan yang diberi oleh Datuk Dr Awang amat mengecewakan semua umat Islam di negara ini. Sebagai seorang yang berpendidikan tinggi tambah lagi dalam bidang ekonomi, beliau sepatutnya lebih peka kepada kesan perjudian. Apakah pemimpin kita khususnya pemimpin UMNO telah ketandusan idea untuk menambah punca pendapatan negara!

    Janganlah kita terjerat dengan permintaan mereka yang jahil yang tidak mengenali halal dan haram. Jangan disebabkan untuk meraih sokongan pihak-pihak yang tertentu, kita menggadai maruah bangsa dan kesucian agama.

    Saya meminta ketegasan YAB Perdana Menteri untuk menolak sebarang cadangan menghalalkan aktiviti perjudian pertaruhan permainan bola sepak.

    NOBISHA : Saya juga berharap Dato’ Seri Najib memahami kehendak rakyat dalam isu ini.

  7. Azman says:

    Salam Tuan,

    Saya lebih memikirkan tentang pihak yg memberikan cadangan tersebut — towkey judi berkenaan. Seakan ‘towkey’ tersebut hendak menjadikan Malaysia sebagai pusat perjudian Piala Dunia bagi rantau ini ketika kejohanan tersebut berlagsung & hendak monopoli kedua-dua industry perjudian, “above ground” & “under ground” di Msia selepas kejohanan tersebut berakhir. Towkay tersebut nampaknya begitu hebat memanipulasikan kekeringan kantung kerajaan melalui umpan yg begitu ‘tempting’ utk ditolak.

    Secara logiknya, berapa billion ringgit sangatlah unjuran perjudian haram Piala Dunia yg akan berlaku di Malaysia ini nanti? Setengah billion? 1 billion? Berapa pula kadar cukai yg dicadangkan oleh towkay berkenaan?

    Katalah, hypothetically, kita ambil 2 billion ringgit sebagai unjuran nilai perjudian haram itu, dan kadar cukainya adalah 40%. Apa terliur sangatkah kerajaan hendak mengutip hasil 800 juta duit haram ini? Hasilnya hanya sekali dalam masa 4 tahun tetapi impak “undi”nya nanti akan memakan masa bertahun-tahun. Tak logik.

    Saya bukanlah pakar perjudian tetapi dari congak-congak bodoh saya, unjuran perjudian haram Piala Dunia itu nanti tidaklah setinggi sehingga berbillion-billion ringgit.

    Kecualilah nilai unjuran perjudian haram itu akan termasuk “betting” dari penjudi-penjudi negara serantau. Foreign exchange pun akan mencurah-curah masuk ke Malaysia ketika itu. Saya rasa, disebabkan faktor-faktor inilah yg membuatkan kerajaan “terliur” hendak menghalalkan perjudian tersebut. Pasaran judi di Malaysia ini kecil.

    Sambil Singapura sudah mempunyai casino yg berskala besar, langkah cadangan towkay tersebut boleh juga secara strategiknya ditafsirkan sebagai menjadikan satu “synergy” atau “supply chain” perjudian di antara Msia & Singapura.

    High rollers akan datang ke Singapura dan “side betting”nya akan dilakukan di Malaysia. Hebat!

    Sememangnya sudah berkurun lamanya konsep meng-regulasikan industry perjudian (dan pelacuran) dgn mengenakan cukai yg tinggi diamalkan oleh banyak negara. Alasan yg diguna pakai adalah lebih kurang berbunyi “drp industry tersebut membiak secara haram adalah lebih baik kerajaan menghalalkannya dan mengutip cukai”.

    Inikah yg kerajaan Malaysia hendak amalkan?

    Jika diluluskan lesen perjudian Piala Dunia ini, apakah nanti akan ada pula lesen pelacuran? Mungkin “Pros-tourism” dijadikan alasan pula?

    Memang saya setuju dengan Tuan….GILA!

    Terima kasih.

    Azman Mohd Isa

  8. hj jamaludin says:

    Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
    Ulasan tuan “Awang Adek adalah seorang pemimpin politik yang mempunyai idea bernas dan berfikiran terbuka. ” Ini bermakna tuan masih belum Kasyap atau Marifat untuk menakwil seseorang . Atau tuan tidak isytihar kata kata pujangga orang putih ” Don’t judge on the book cover ” . Ini baru seorang sahaja dari mereka yg tuan kagumi . Insyak Allah . Allah SWT akan memperlihatkan seorang demi seorang kaum UMNO perihal keburukan mereka yg tersembunyi di hati nurani mereka kepada tuan. Nauzubillah.

    NOBISHA : Apa yang baik saya puji, apa yang salah saya kritik tanpa mengira parti politik. Pemimpin UMNO, PAS dan PKR bukan maksum.

  9. sunsnake says:

    Salam ziarah Tuan Nobisha..
    Alhamdulillah.. semoga Tuan tenang dalam bermusafir di Bumi Haram itu..

    Pada pendapat saya, ini bukanlah hanya menjadi kesalahan Dr Awang Adek itu sendiri tetapi masalah keseluruhan struktur kerajaan itu sendiri!
    Mana mungkin Dr Awang Adek mampu mengeluarkan kenyataan sebegini tanpa pengetahuan DS Najib? Ini adalah suatu isu yang sangat besar dan mana mungkin penasihat-penasihat PM gagal membacanya?

    Isu ini silap-silap mampu menjadi killer issu buat PR terutamanya PAS yang sedari dulu sangat-sangat tidak bersetuju dengan dasar UMNO menghalalkan judi dan arak sejak pasca kemerdekaan lagi!

    Wallahua’lam

  10. paloibinmulau says:

    salam tuan,

    saya terbaca di satu blog yang menulas hapir sama seperti tulisan tuan. beliau juga secara sarkastik mencadangkan agar industri pelacuran diberi lesen untuk beroperasi secara sah. alasannya sehingga kini kegiatan pelacuran masih tidak dapat dibendung. sekurang2nya kerajaan boleh memungut cukai pelacuran. kalau kerajaan tak memberi lesen pun industri pelacuran tetap berkembang dengan pesat. dan mungkin juga orang islam yang liberal akan menyokong idea hebat ini dengan alasan industri pelacuran tersebut hanya untuk bukan islam. jadi tiada beza dengan kegiatan perjudian “halal” yang eksklusif untuk bukan islam.

  11. remy says:

    Ni la antara pemimpin BN yang dianggap nak membela agama dan negara. Kalau Tuan sebut Gila pada aksi spontan Tuan, saya pula akan kata cukup-cukup gila. Nampaknya inilah modal pembangkang untuk PR 13 dan PRK Sibu. Tahniah BN.

  12. zizack says:

    politik mereka menghalalkan cara….siapa kita nak bersuara…kalau dah kuasa mereka melampaui media, melampaui pemikiran mereka yg samdol…saya percaya benda yang terlarang akan pastinya menjadi kenyataan..

    contoh paling trajis adalah minuman keras…seingat saya dalam awal 90an susah juga nak melihat air syitan tersebut…sekarang merata dan melata serta mudah pandangan di lihat waimah di kedai-kedai runcit.

    saya amat percaya, azam dan hakikat mereka walau di halang dalam bentuk apa pun kita sebagai rakyat tidak akan mampu menahan saranan tersebut..kita hanya mampu menyebutnya gila, dungu dan apa sahaja..media di tangan mereka, kuasa di tangan mereka, kuasa perniagaan ditangan mereka (KWSP, Bank Negara, saham-saham kita semua di tangan mereka.

    Mungkin sekarang kita menentang beria-ia…percayalah 5,7 tahun akan datang akan menjadi malang kita bersama akan menyokong juga..alasan pelabur, judi haram dan sebagainya didalam media akan mencairkan penentangan kita..

  13. haizor says:

    Tertanya sendiri..apakah memang lelaki Kelantan gila judi..

  14. sudirumusibarat says:

    Salam…
    Saya sokong kenyataan dan pendapat tuan

    Saya yg kurang cerdik ni rasa Pak Menteri yang lebih cerdik itu dapat idea dari:
    1.Darurat Ekonomi- duit kejaaan tak ada sangat kot,boleh bedal apa cara asal masuk dan dapat pujian menteri bijak
    2.Mengelak mudarat besar kepada mudarat kecil- bernas akal bijaksini
    3.Gelap mata- sama gelap hati sbb dah bersalam dgn tauke judi haram

    Mintak sangat Bicara Nubisa dapat petik Tok Peti (Datuk Mufti )semua yang pernah keluar rancangan Bicara Mufti berhujah.Jangan hujah dalam studio sahaja tanpa dikaitkan dengan pemerihntahan zaman dulu kini dan selamanya

  15. Lutfi Ishak says:

    Salam.
    Saya yakin jika idea ini dilaksanakan, maka sudah pasti momentum sokongan masyarakat Melayu kepada UMNO akan antiklimaks. Sepatutnya tindakan seperti ini hendaklah dielak oleh kerajaan.

    Walau bagaimanapun, jika dilaksanakan juga – saya yakin hal ini ada kaitan dengan ‘tuntutan pihak-pihak tertentu’ setelah lama melabur dalam bentuk ‘kewangan’. Jadi, inilah masanya untuk meminta habuan.

    Apapun, sebagai rakyat – saya sama sekali menolak idea sebegini.

  16. labu says:

    Mei 6, 10 5:56pm
    Malaysiakini
    Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussein, berkata jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti PERJUDIAN dan PERTARUHAN HARAM tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa.

    -. nape ye ade istilah “PERJUDIAN HARAM”..?
    ape kah kalu ade lesen JUDI..maka istilah tu bleh jadi
    “PERJUDIAN HALAL”…adeyyyyy….

    Awang Adek berkata, jika lesen itu dikeluarkan, kerajaan dapat mengawal aktiviti perjudian, selain hasilnya boleh digunakan terutama untuk pembangunan bidang sukan di negara ini.
    -…terang2 sumber nye haram….nape lah buta sangat menteri ni
    -….kalu JUDI nak dikawal dengan cara pemberian lesen, agak2 nya lepas ni pusat pelacuran…..rumah urut….dan yang seangkatan dengan nya pun memohon lesen supaya mudah dikawal

    Sekiranya kita menerima hujah Ahmad Maslan, maka kita harus bertanya adakah ini cara kerajaan membalas sokongan pengundi Islam yang menyokong Barisan Nasional?

    Atau, adakah pemimpin kerajaan sudah mula leka dan merasakan mereka boleh berbuat apa sahaja dan pengundi Islam akan terus memberikan sokongan?
    Ah, begitulah naifnya cara sesetengah kita berfikir!
    -…sbb mereka selalu fikir…”masa pilihan raya” dorang bleh gula2 kan lagi rakyat dngan projek bernilai ratusan juta
    atau mungkin dorang ingat “MELYU MUDAH LUPA”

    ‘AKU MELAYU MALAYSIA, DAH NAIK MELUAT TAHAP GABAN DENGAN CARA UMNO-BN”, MEMBODOHKAN DIRI MEREKA SENDIRI”

  17. Azma says:

    Salam….

    Saya cadangkan pihak kerajaan fikirlah dalam2, buat lah SWOT analysis, sebelum mengeluarkan sesuatu kenyataan.

    Dlm hal ini, nampak sangat betapa jahilnya pemimpin kita bukan saja dari sudut agama malah impak buruk kepada akhlak, moral & keamanan rakyat & negara pun dia tak nampak.

    :(

  18. Sokong Krjan bagi lesen judi 100% Giler…? apa giler-giler ikut aje apa yang telah di tetapkan krjn jgn tahu makan gaji komplen itu salah ini salan. Krjn memerlukan dana untuk sukan biarkanlah. Inilah kebnyakn melayu yang tak kenang budi baik umno selama ini.

    NOBISHA : Saya percaya negara kita mempunyai sumber hasil yang cukup tanpa perlu melakukan perkara-perkara yang haram. Saya lebih takutkan Allah swt dan atas kesedaran itulah maka saya menegur. Saya menegur UMNO, dan saya juga akan menegur PAS dan PKR atas semangat yang sama.

  19. Serupasekala says:

    KALAU MACAM NI SEMUA JUDI DIBERI LESEN SENANGLAH SIKIT PIHAK POLIS DAN JABATAN AGAMA YANG SELALU SERBU TEMPAT PERJUDIAN HARAM.

    PELACUR PUN PATUT DIBERI LESEN JUGAK NI PAK MENTERI NANTI ALASAN NYA PULA UNTUK MENGHALANG GEJALA ROGOL BERLAKU.

    HAI PAK MENTERI , KAMU AKAN TAHU NANTI APABILA KAMU MATI KELAK,APA ITU DOSA DAN APA ITU PAHALA.

    IMAN TIDAK BOLEH DIWARISI , DOSA DAN PAHALA YANG KAMU BAWA PERGI…….

    BERTAUBATLAH SEBELUM TERLAMBAT . KELAK ALLAH AKAN MENERIMA TAUBAT NASUHA.

    NOBISHA : Terima kasih atas pendapat tuan. Saya mohon agar tuan tidak menggunakan “capital letters” kerana ia memberikan konotasi meninggikan suara :)

  20. Anafakir says:

    Saya setuju dgn pendapat “Tuan Hj”…mmg gile dan benar2 gile.alasan oleh seorg pemimpin politik yg lahir dari bidang ekonomi [ perniagaan] akhirnya melihat apa sahaja peluang yg terhidang mesti menjurus kepada duit dan keuntungan semata2.Aduhhhh..begitukah caranya kita bersifat liberal dlm kehidupan?Islam tidak SESEKALI berkompromi dlm isu halal dan haram kerana kedua2nya jelas.Kalau dah haram, buat mana mana sekalipun tetap haram. ubahsuai ke, recycle ke…kalau mmg haram usahlah pusing2 hujah.Mcmana nak pimpin UMNO Kelantan utk tewaskan PAS kalau isu agama senipis kulit bawang inipun gagal utk diurus.Bercakap biarlah nampak ilmiah dan bersandarkan agama…jgn memperbodohkan diri dan parti yg disertai.Apa yg dicakapkan ini akan memberi ‘peluru hidup’ untuk PAS dan sekutunya ‘menembak UMNO Kelantan khususnya, UMNO Malaysia amnya.

    Keduanya; pasal isu UMNO memenangi PRK Ulu Selangor,jgn jadi pisang berbuah dua kali.Rujuk kes K.Parthiban [ DUN Ijok ] rakyat berikan kemenangan kepada UMNO utk tagih janji yg diucapkan oleh para pemimpin sewaktu berkempen.Namun apa yg dijanjikan “jauh panggang dari api” akhirnya PRU12, rakyat protes dan memberi kemenangan kepada Pakatan.Jika di Hulu Selangor, UMNO bersikap seperti di Ijok,maka tunggulah PRU13 nanti,rakyat akan menghukum UMNO kerana tidak menunaikan janji.Selesaikan segera pampasan RM50,000 utk warga Felda Sg. Buaya tu.Selesaikan segera isu lebuhraya bertingkat tu,dan semua janji yg lain sebelum PRU13 jika ingin rakyat benar2 yakin dan mempercayai UMNO sudah berubah…Rakyat sudah bijak dan cerdik.Mereka berikan peluang utk pemimpin membuktikan janji yg dikata..jika masih menipu, mereka pun bijak utk menjadi ‘hakim’..

    Apa yg Tuan Nobisha ulas dlm postingnya berkaitan komen Ketua Penerangan UMNO tu mmg saya sokong.Dato’ Ahmad Maslan tidak sepatutnya mengucapkan kata sedemikian sepatutnya UMNO yg perlu berterima kasih kepada rakyat kerana semua pemimpin yg mewah dan kaya raya hari ini kerana rakyatlah yg memberikan mereka kuasa maka mereka berjaya mengumpul pengaruh dan kekayaan bukannya bila dpt kuasa rakyat pulak yg menjadi hamba pemimpin..itu sudah terbalik.Nama lagi wakil rakyat,mereka menjadi ‘pesuruh’ bagi rakyat…bukan memerintah rakyat itu dan ini…

  21. mannmusa says:

    kerajaan Malaysia tak akan main sental jer dengan cadangan Awang Adek tu…mana mungkin kerajaan nak buat keputusan camtu. Judi dan hasilnya dan semua yang related dengan nya adalah Haram, atas apa juga alasan ianya tetap kekal haram.

    Kalau lah kerajaan meneruskan cadangan awang adek husin ni…alamatnya kerajaan membelakang pandangan dan sensitiviti rakyat terbanyak. Keputusan piliharaya bukan hanya ditentukan oleh ahli-ahli parti tetapi penentuya ialah rakyat yang tidak berparti.

    Pandangan umat Islam walaupun dia turut berjudi akan tetap berpendirian sama iaiutu judi tu haram. Apakah dengan memberi lesen judi perjudian kaki bola secara ‘HARAM’ dari aspek perundangan tidak berlaku. Yang berlesen HARAM dari sudut hukum Islam dan kepercayaan lain juga tidak membenarkan nya.

    Heran boleh pulak dibawa dan dibincangkan di bangunan parlimen.

  22. zizack says:

    Mohon pendapat tuan tentang saham PERKESO dalam calsberg..
    PERKESO adalah pemegang saham ke 5 terbesar dengan jumlah saham 2155700 sseperti dalam lapuran kewangan carberg 25 feb 2010 didalam muka surat 120..

    NOBISHA : Saya tak membaca laporan kewangan Calsberg kerana saya tak mempunyai apa-apa kepentingan dalam syarikat tersebut.

  23. wan says:

    mmg terok idea awang adek..nk tukar serambi mekah kpd serambi las vegas, kalu begini ler idea pimpinan umno, sampai kaimat pun aku tkkan sokong umno, ni ler sbb idelogi sekular yg pisahkan agama dengan politik, tk tau halal n haram

  24. joe says:

    Secara ikhlas saya nyatakan kepada tuan yang saya ini juga sering bermain judi secara “suka2″ walaupun saya tahu bahawa judi itu satu perkara yang ditegah dan haram disisi agama kita.
    Tetapi apabila kerajaan mahu menimbangkan perjudian secara sah dibulan piala dunia ini, saya sejujur2nya menentang habis2an akan cadangan tersebut. Mungkin bagi mereka yang tidak pernah berjudi tidak tahu akan kesannya melainkan hanya boleh buat andaian semata2. Tetapi bagi saya sebagai orang yang pernah terlibat dengan judi saya tahu akan baik dan buruknya. Ada 1001 macam keburukannya berbanding dengan kebaikannnya. Tidak perlulah saya huraikan satu persatu dalam blog ini. Tetapi jika tuan mahu saya boleh senaraikan keburukannya.
    Dari itu ,saya mohan kepada Datuk Seri Najib agar segerakan pembatalan cadangan tersebut bagi menjaga nama baik kerajaan BN dan seterusnya tidak menggalakkan rakyat Malaysia berjudi. Kerana bukan orang Melayu Islam sahaja diMalaysia tidak suka kepada perjudian, tetapi orang India, Cina dan lain2 bangsa juga tidak suka pada judi.
    JUDI MEROSAKKAN BANGSA AGAMA DAN NEGARA!

  25. Ass ww., sheikh

    Akar masalahnya, umat telah mengkotak-kotakan Islam, sebab itu sembahyang jumaat pergi juga, sembahyang fardhu 5 waktu waLlahu’alam, tapi rasuah ambil juga, kalau masukan harga tawaran sebatang pensil sampai 24 rgt. tidak merasa bersalah tu, kalau ponteng kerja tanpa alasan musabah, ok bah, apa ada hal, tidak berdosa tu.

    Umat melihat yang namanya agama itu hanya fardhu ain, dan yang paling afdal sekali dari segala fardhu ain ialah sembahyang hari raya aidul fitri dan aidul adha, sebab itu, ketika itu masjid dan surau melimpah, bahkan di indonesia sampai ke tengah padang dan lapangan parkir katanya. Ringkasnya, umat “MANA YANG WAJIB DAN MANA YANG SUNAT SAJA TIDAK TAHU SHEIKH”, sebab itu juga zohor selepas sunat ied tu, masjid dan surau lengang, bahkan kalau di kampung saya, suraunya terus dikunci, buka-buka nanti maghrib, itupun beberapa kerat muka usang yang telah lapuk ja yang hadir, yang melimpah ruah tadi siang entah kemana perginya tn hj.

    Maka, isu yang paling mendasar ialah bagaimana mendidik dan mencerdaskan umat, supaya mereka haqul yakin, bahawa Islam adalah ‘cara hidu’, ertinya, sejak celik dari subuh hingga tidur malamnya, adalah berada dalam ‘wilayah kekuasaanagama/Islam’.

    Satu kempen yang lebih hebat atau sekurang-kurangnya sama hebatnya dengan kempen KFC hendaklah dilancarkan dalam semua media, waima laman nobisha juga harus meletakan ‘ISLAM CARA HIDUP’.

    Rumusan :

    kalau hari ini ada isu judi halal, besok barangkali berzinapun halal, semua tu hanyalah simpton-simpton dari masalah ketidak-fahaman tentang agama itu tadi.

  26. Salam, semua pemimpin yang memerintah dan yang datang dari kelantan semuanya tolol blaka. Dari Pembangkang Nik Ajis sampaila kepada pemimpin BN Awang Adik,Mustapa Mohamad,Anuar Musa dan juga tak ketinggalan Tengku Razali. Semua mereka ini bermasaalah selalu mendatangkan hal kepada orang Melayu. Yang terbaru kes Istana Kelantan, bermasalahjua. Dari Raja hingga ke rakyat .Oleh itu kerajaan harus menolak tepi semua pemimpin berasal kelantan. Bukan double standard tetapi untuk kebaikan semua. Yang memberi implikasi buruk kepada Islam.. Nik Aziz, yang nak menggalakkan judi.. Awang Adik..yang nak menjadi pendekar Melayu..Ibrahim Ali, yang muka dua Tengku Razali, semua yang busuk datang dari Kelantan. Yang banyak menentang Kerajaan BN dan berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam ia orang Kelantan. Kebanyakan mereka ini bermasaalah..Buang je jauh jauh..menyusahkan orang je.

    NOBISHA : Saya tak setuju dengan pandangan tuan yang pakai tangkap borong seolah-olah semua dari Kelantan tak bagus.

  27. MatSomali says:

    Tuan…kita ni bising bising jer…tapi puak kerajaan bukannya dengar…yang dia tau untung masyuk…

    Dia tau orang bankang judi ‘halal’ tapi saya percaya depa ni akan luluskan lesen judi ‘halal’ tu secara senyap senyap…kita tunggu dan lihat…kalau tak pun depa akan senyap dan buat ikut lain…sebab depa tau ‘income’ yg masyuk tu banyak…

    Matlamatnya nak duit tak kirala apa cara sekalipun…

    Depa ingat boleh kowtim dengan Tuhan kot…kalau dah cadang tu maknanya berniat…

    Tak tau nak kata apa lagi…

  28. tak minat judi says:

    yang haram itu sudah nyata dan jelas
    judi yg sedia ada pun tak terkawal cukup
    ramai yg kulit dan kiblatnya sama macam kita
    tumpang sekaki beli nombor
    tak perlu tambah produk judi yg lain

  29. nur says:

    Saya sebagai pelajar terasa hina dengan seorang melayu dengan jawatan timb.menteri dan senator dalam harapan yang lesen judi perlu dikeluarkan demi mengawal aktiviti judi serta keuntungannya digunakan untuk pembangunan sukan. Katanya lagi kemungkinan bukan setakat piala dunia tetapi liga2 yang mendapat perhatian. Sejak persoalan ini bermain dimedia massa, saya tertanya bagaimana kerajaan menguruskan misalnya cukai berkaitan benda2 haram seperti arak,sport toto itu semua.Adakah ia disalurkan secara total dalam poket kerajaan tanpa memikirkan soal sumber cukai itu.

    Maaf kerana bertanya disini..

  30. firman962 says:

    tuan nobisha,

    saya juga ada terbaca satu ulasan berbentuk sakarstik sepertimana yang paloibin mulai maksudkan di atas.

    blog tersebut kepunyaan edyesdotcom. tulisan dia memang sinis sejak akhir2 ni. boleh ke taruk linknya di sini?

    http://edyesdotcom.blogspot.com/2010/05/saya-sokong-pengeluaran-lesen-judi.html

  31. kepada semua! Isu pemilihan pemimpin dr kalangan org yg takutkan Allah amat penting..jgn sampai silap kita pilih pemimpin mengundang murka Allah..

    SURAH AL-ISRA’:[17.16] Dan apabila sampai tempoh Kami hendak membinasakan penduduk sesebuah negeri, Kami perintahkan (lebih dahulu) orang-orang yang melampau dengan kemewahan di antara mereka (supaya taat), lalu mereka menderhaka dan melakukan maksiat padanya; maka berhaklah negeri itu dibinasakan, lalu kami menghancurkannya sehancur-hancurnya.

    ada Qiraat lain ayat ini

    Menurut sebuah riwayat perkataan -أََمَرْنَا- dibaca dengan tashdid- أمَّرْنَا – yang membawa maksud: kami lantik untuk menjadi pemimpin dari kalangan orang yang jahat. Perlantikan mereka telah memporakperandakan keamanan negeri yang akhirnya mengundang kemurkaan Allah (Tafsir Ibn Kathir).

    tolak ketepi isu politik,jgn buta hati..lain kali kena bagitahu mana2 parti,lantik pemimpin atau senator dr klgn org yg tahu halal haram

  32. Inilah manusia perosak Islam. Macamana nak dapat barakah. Akhirnya UMNO akan mendapat padah, macam negeri Kedah, hilang dan dapat dekat PAS UMNO dah tak memerentah. YAB PM Dato’ Najib kena teliti kalau nak rakyat sokong untuk memerentah. Judi tu Allah kata haram. Maka haramlah.

  33. Salleh Saad says:

    Tuan,

    Nampaknya sebahagian pemimpin belum lagi memgambil pengajaran dari keputusan PRU ke 12.

    Sayugia diingatkan dan diulang kalikan peringatannya bahawa sebahagian dari faktor kekalahan besar BN pada PRU ke 12 lalu ialah kerana rakyat marahkan kerajaan membuat beberapa kesilapan dalam pelaksanaan dasar-dasar tertentu .

    Hati rakyat, terutama penyokong UMNO dan mereka yang berpotensi untuk menyokong UMNO merasa tersinggung dengan keputusan tidak tepat itu. Nah, sekarang diulang lagi . Terleka agaknya. Harap-harap ia tidak diulang-ulang.

  34. Pseudon says:

    Salam tuan,

    Awang Adek telah melontarkan idea yg tidak sepatut ada dalam pemikiran pemimpin Melayu. Akn tetapi ada maklumat yg mengatakan bahawa idea tersebut datang dari Boss besar sediri semasa di luar negeri. Ntah la..
    Apa-apa pun yg pasti pemimpin UMNO yg merosakkan perjuangan UMNO dan pengikut yg setia macam Si Kitul pula yg menambah kerosakan itu… Kalau setia macam Hang Tuah takpa..sebab tiada kepentingan diri.

  35. Thuwaibah says:

    Salam Tuan,
    Saya berpendapat isu lesen ini adalah salah satu daripada strategi BN dlm mendepani PRK Sibu. Sebagai umat Islam kita seharusnya dapat membedakan antara halal dan haram. Sepertimana yang rakyat Malaysia ketahui dan wajib ketahui negara ini adalah negara yang majmuk rakyatnya. Orang2 bukan Islam ada keperluan mereka dan ada antara keperluan tersebut adalah haram bagi Islam tetapi tidak oleh mereka (bukan Islam). Kerajaan bertanggungjawab untuk memenuhi keperluan semua rakyat di dalam negara ini yang terdiri dari pelbagai kaum, budaya dan agama. Kita sebagai orang Islam sewajibnya dapat membezakan yang halal dan yang haram dan mentarbiah zuriat kita untuk mengenai perbezaan itu. Sebelum ini pun pelbagai lesen yang dianggap haram oleh orang Islam tetapi dikeluarkan oleh kerajaan untuk keperluan masyarakat bukan Islam. Judi itu haram, orang Islam janganlah berjudi….kerajaan keluarkan lesen judi bukan untuk tujuan orang Islam berjudi, begitu juga dengan yang seumpamanya. Terima kasih.

  36. Hamba Allah says:

    Dan Akhirnyee…….

    ‘BERJAYA perolehi lesen judi bolasepak’
    -Malaysiakini-

    Meskipun mendapat bantahan daripada pelbagai pihak, kerajaan meneruskan keputusannya untuk mengeluarkan lesen judi semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung awal bulandepan.

    Menurut akhbar harian Cina, Sin Chew, menteri kewangan semalam secara rasminya memberi lesen judi berkenaan kepada Kumpulan BERJAYA.

    Sehubungan itu pertaruhan secara sah boleh dilakukan sebelum kejohanan bolasepak itu bermula pada 11 Jun ini.

    BERJAYA akan menjadi syarikat tunggal pertaruhan bolasepak di negara ini yang mempunyai lesen.

    Ia dijangka akan menggunakan lebih dua ratus kedai pertaruhan Toto yang dimilikinya itu untuk menerima pertaruhan.

    Sebelum ini, ada pihak yang bimbang rangkaian kedai serbanika, 7-eleven yang juga dimiliki Kumpulan BERJAYA akan digunakan untuk tujuan yang sama.

    Sin Chew memetik sumber yang berkata, masyarakat Islam akan dilarang daripada terbabit dengan pertaruhan bolasepak itu.

    BERJAYA pada 11 Mei lalu memohon sahamnya di Bursa Kuala Lumpur digantung hari ini mulai jam 9 pagi hingga 5 petang sementara menunggu pengumuman lanjut berhubung cadangan menaikkan modalnya.

    Ketika dihubungi pegawai BERJAYA berkata kenyataan media akan dikeluarkan hari ini.

    Pada 6 Mei lalu, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussein, berkata tindakan kerajaan itu bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.

    Katanya, jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa.

    Dunia memang nak kiamat….yg haram dah dihalalkan….

    NOBISHA: Sebaik-baiknya, saudara menulis sendiri komen, bukannya cut and paste tulisan dari website lain dan diletakkan di sini.

  37. Abdoel Moeis says:

    Saya rasa kita semua patut mendesak supaya kerajaan menarik balik kelulusan ini. Sebagai Menteri Kewangan yang meluluskan lesen judi ini, PM telah mengkhianati pengundi-pengundi Melayu Hulu Selangor yang menolak kaki judi sebagai wakil mereka. Mengapa UMNO semakin hilang dari hati anak muda dan pengundi Melayu Islam kerana kita mempermainkan agama menguikut kehendak hati dan mengikut keperluan semasa. Hukum yang haram tidak boleh dipermainkan.

    Saya hormat kepada Mufti Perak yang berani menegur kerajaan dalam soal ini. Mufti-mufti lain setakan ini masih diam dan tidak berani bersuara. Begitu juga dengan Khir Baharom, nampak sangat tidak berani bersuara dalam soal sebegini. Kalau mereka yang bertanggungjawab jaga agama Islam tidak berani bercakap… tunggulah kehancuran yang bakal ditimpa Allah kepada semua rakyat Malaysia.

    Saya juga menunggu komen dari PERKASA, GPMS, PPIM serta badan-badan lain. Saya rasa ramai orang sudah terpengaruh hasutan pihak tertentu bahawa UMNO memang kaki judi. Keadaan ini perlu diambil tindakan dengan segera. Mungkin Tuan ada kawan-kawan yang boleh ‘forward- soal ini kepada pihak berkenaan.

  38. zainuddin says:

    Salam sdr Nobisha.

    Sudah jelas: Judi, haram. Arak Haram. Rasuah haram. Zina haram.. dll. Rasuah dah lama orang2 UMNO “halalkan” dengan menukarkan namanya = politik wang. Sekarang, lesen judi nak dihalalkan pula untuk sukan kejohanan bola sepak piala dunia.

    Saya tidak terkejut sebab bila rasuah dah boleh di”terima” maka yang lain boleh dianggap “halal”. Mereka mengunakan hukum AKAL bukannya hukum Islam. Yang belum mereka buat…… Dapatkan tanda HALAL dari JAKIM. Bagaiman response pihak JAKIM?????

  39. yassir says:

    Maksiat!!!!! Negara Islam Malaysia Luluskan Lesen Judi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

dari mana demer

visitor