LinkWithin

Pengikut

Jana Wang $$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$ Jana Wang

Ex4 to Mq4 services system Your Internet Cash Generator

Ahad, Mei 30, 2010

Negara Akan Bangkrap jika......

Rakyat negara ini perlu memberi harapan baru kepada Pakatan Rakyat menggantikan kerajaan Barisan Nasional (BN) bagi mengelakkan negara bankrap sembilan tahun lagi.

Tanpa perubahan tersebut rakyat akan berdepan dengan suasana sukar dan boleh mengulangi sejarah yang menimpa Greek sekarang.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, kerajaan BN tidak mampu lagi untuk mencari jalan mengelakkan negara terus bangkrap melainkan mendesak subsidi barangan kawalan dimansuhkan.

"Bagi mengelakkan bankrap rakyat perlu bertindak lebih awal dengan menukar kerajaan pada pilihan raya umum akan datang bagi mengelakkan terjerumus kepada bankrap.

"BN sudah memberitahu mereka tidak mampu lagi berbuat apa-apa bagi mengelak bankrap menjelang tahun 2020," katanya pada ceramah perdana di padang Majlis Daerah Tanah Merah di sini, malam tadi.

Hadir sama Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Setiausaha Agung PRK, Saifuddin Nasution Ismail dan pimpinan PAS dan PKR Tanah Merah.

Padang yang terletak di pusat bandar Tanah Merah itu penuh sesak dengan kehadiran ribuan penduduk tempatan.

Ceramah perdana diadakan di tujuh lokasi berlainan sempena Kongres PKR yang diadakan di sini sejak semalam sehingga esok. Malam ini pula ceramah akan diadakan di Padang Perdana membabitkan tokoh utama Pakatan Rakyat.

Baru-baru ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala mengakui negara mungkin bankrap dalam tempoh sembilan tahun lagi sekiranya dasar pemberian subsidi tidak dimansuhkan.

Kit Siang berkata, berdasar andaian diberi menteri terbabit, hasrat Tun Dr Mahathir Mohamad untuk melihat Malaysia menjadi negara maju pada 2020 mungkin tidak akan menjadi kenyataan kerana sudah bankrap.

"Sejak 50 tahun korupsi dibiarkan bermaharajalela di mana nilaian projek kerajaan tidak sepadan dengan projek yang dilakukan. Ketirisan berlaku di sana sini.

"Inilah punca utama kepada bankrap. Oleh itu kita sama sekali tidak bersetuju cadangan kerajaan mahu menghapus subsidi ke atas makanan, minyak dan pendidikan," katanya.

Beliau yang juga anggota parlimen Ipoh Timur turut mencabar kerajaan BN supaya serius bagi menghapus rasuah kerana ia boleh menjimatkan wang negara sehingga RM103 bilion dalam tempoh lima tahun.

Katanya, apa yang berlaku sekarang ketirisan dalam pengurusan kewangan kerajaan antara RM10 hingga RM28 bilion setahun.

Oleh itu kata beliau sekiranya rakyat memberi kepercayaan kepada Pakatan Rakyat bagi mengurus negara wajah baru politik akan berlaku di negara ini.

Anwar berkata, sepanjang lapan tahun berkhidmat sebagai Menteri Kewangan beliau telah berusaha untuk mengurangkan subsidi kepada penjaga kuasa bebas (IPP) yang dimiliki syarikat besar, namun kerajaan tidak berani melakukannya.

"Cuba bayangkan setiap tahun kerajaan memberi subsidi sebanyak RM20 bilion kepada IPP tersebut," katanya.

Beliau yang juga Ketua Pembangkang di parlimen memberitahu seperti sudah menjangka tindakan yang akan diambil Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen ke atasnya ekoran mendedah penglibatan syarikat Yahudi dalam pentadbiran negara.

Katanya, biar pun mereka menggantungkan saya selama enam bulan atau setahun, namun usaha untuk mendedahkan penyelewengan yang dilakukan kerajaan akan tetap dilakukan.

Baru-baru ini Anwar yang juga anggota parlimen Permatang Pauh di rujuk ke jawatankuasa khas parlimen kerana mendakwa kerajaan menggunakan khidmat Apco Worldwide dalam mempromosi 1Malaysia.- harakahdaily

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

dari mana demer

visitor