LinkWithin

Pengikut

Jana Wang $$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$ Jana Wang

Ex4 to Mq4 services system Your Internet Cash Generator

Ahad, Mei 30, 2010

Negara Akan Muflis Sebab Penyelewengan Dana

1g Kongres Nasional PKR Keenam

Oleh Staf FMT

KOTA BHARU: Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Parti Keadilan Rakyat (PKR) Shamsul Iskandar Mohd Akin menolak pendirian kerajaan bahawa negara akan jatuh muflis jika tidak menghapuskan subsidi menjelang tahun 2019.

Beliau berkata, "negara bukan bankrap dengan pemberian subsidi yang dilaksanakan kerajaan, tetapi sebaliknya oleh sebab banyaknya berlaku penyelewengan, kebocoran dana, amalan rasuah yang berleluasa dan salah urus tadbir.

"Selagi pemerintah sekarang dibiarkan menerajui negara ia kemungkinan mengulangi sejarah yang menimpa Greece," katanya pada majlis perasmian Kongres AMK dan Wanita Keadilan di Pusat Dagangan Kelantan, di sini Jumaat lalu.

Shamsul Iskandar berkata negara sebenarnya menuju ke arah bankrap kerana jumlah hutang negara meningkat kepada RM360 bilion sekarang.

Katanya, keadaan itu adalah suatu yang mengejutkan dan situasi yang paling teruk sejak negara mencapai kemerdekaan dan para pemimpin Umno-Barisan nasional harus segera mengundurkan diri kerana gagal mengurus ekonomi dan kewangan negara dengan baik.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala mendakwa jika langkah mengurang dan menghapuskan subsidi dalam tempuh lima tahun akan datang tidak diambil maka negara akan jatuh bankrap menjelang 2019.

Beliau berkata, "negara dapat menjimatkan sebanyak RM103 bilion dalam tempuh lima tahun jika kerajaan memotong subsidi dari sekarang.

"Tetapi sebaliknya (jika subsidi tidak dipotong) negara akan jatuh muflis menjelang 2019 jika hutang negara terus berkembang pada kadar 12% setahun," terang beliau.

"Oleh itu, rakyat harus bersedia untuk berjimat cermat dari sekarang apabila cadangan pemotongan subsidi mula dilaksanakan bulan depan," katanya pada Hari Terbuka Rasionalisasi Subsidi di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur 27 Mei lalu.

Menurutnya, hutang negara dijangka meningkat 100%, sama paras dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 2019 sekiranya pemberian subsidi diteruskan dan akan menjadi seperti Greece, yang dilanda dengan masalah hutang yang dahsyat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

dari mana demer

visitor