LinkWithin

Pengikut

Jana Wang $$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$ Jana Wang

Ex4 to Mq4 services system Your Internet Cash Generator

Isnin, Mei 31, 2010

Temuduga jawatan SPRM bermula esok ( selasa)

KUALA LUMPUR 31 Mei (Bernama) — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mengadakan sesi temuduga bagi calon-calon yang fasih bertutur, membaca dan menulis dalam bahasa Mandarin, selama tiga hari bermula esok.

Menurut kenyataan SPRM hari ini, sesi temuduga itu bagi mengisi jawatan Penolong Pegawai Siasatan (P29) dan Pegawai Siasatan (P41) untuk lantikan pengambilan secara kontrak.

Temuduga itu akan diadakan di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA), Persiaran Duta, Kuala Lumpur.

"Lanjutan kepada Hari Taklimat Kerjaya yang diadakan pada 9 Mei lepas, SPRM menerima sebanyak 579 biodata permohonan calon-calon yang berminat untuk jawatan yang dinyatakan.

"Daripada jumlah itu, SPRM telah menyenarai-pendek calon-calon yang layak untuk dipanggil temuduga dan surat panggilan telah dihantar kepada calon-calon berkenaan,” kata kenyataan itu. - Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

dari mana demer

visitor