LinkWithin

Pengikut

Jana Wang $$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$ Jana Wang

Ex4 to Mq4 services system Your Internet Cash Generator

Khamis, Mei 20, 2010

Tewas Dicumbu Abang Kandung



SAYA tidak sangka sepupu yang selama ini (saya anggap) kekasih sebenarnya abang kandung sendiri. Lebih malang lagi, saya sering melakukan hubungan seks dengannya.

Itu pengakuan jujur seorang remaja berusia 13 tahun, Lydia (bukan nama sebenar) yang ditemui Jurnal di sebuah pusat pemulihan di Selangor baru-baru ini.

Sejak kecil hidup Lydia diselubungi rahsia. Dia dipelihara datuknya sejak berusia tiga bulan.

Status Lydia hanya terbongkar selepas dia terbabit dalam satu kemalangan jalan raya tahun lalu.

Menurut cerita Lydia, datuknya mendakwa ibu bapa kandungnya ialah mak cik dan pak ciknya iaitu ibu bapa kepada sepupunya.

Tidak beragama

Lydia selesa untuk bercinta dengan sepupu sendiri (abang kandungnya), Rashid (bukan nama sebenar) walaupun dia ketika itu baru berusia 10 tahun.

Hakikatnya, remaja itu bukan sahaja ditipu oleh datuk dan keluarganya, malah Lydia dibiarkan terkapai-kapai tanpa didikan agama.

Saya tidak pernah mengenal erti solat dan menunaikan amalan wajib yang ditetapkan agama Islam sehingga pada usia saya sekarang. Itupun saya belajar di pusat pemulihan.

Malah, saya tidak beragama walaupun keluarga saya beragama Islam kerana mereka tidak pernah mengamalkan ajaran Islam. Agama Islam hanya sekadar warisan semata-mata, katanya sedih.

Keadaan itu menyebabkan Lydia bebas untuk melakukan apa sahaja yang disukainya termasuk menjadi minah rempit, menghidu gam dan merokok.

Hakikatnya, antara sebab dia bercinta dengan Rashid adalah kerana mereka berkongsi minat yang sama.

Rashid juga seorang mat rempit walaupun bersekolah agama. Jarak sekolahnya hampir dengan rumah datuk menyebabkan dia sering bermalam.

Kami sering minum (di restoran) dan menonton wayang bersama-sama. Rashid sering memberikan hadiah seperti jam tangan, rantai, cincin dan telefon bimbit kepada saya. Setelah sekian lama bercinta kami akhirnya melakukan hubungan seks.- berita harian


LYDIA rela tubuhnya dijamah kerana cinta dan terpedaya pujuk rayu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

dari mana demer

visitor