LinkWithin

Pengikut

Jana Wang $$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$ Jana Wang

Ex4 to Mq4 services system Your Internet Cash Generator

Khamis, Mei 20, 2010

'Tiada huru-hara, buat apa nak bubar' Kedah


Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak (gambar) berkata, tidak ada sebab mengapa Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah perlu dibubarkan sedangkan kerajaan negeri di bawah pakatan pembangkang ini berada dalam keadaan stabil.

Sambil menyifatkan isu pembubaran DUN Kedah sebagai cerita yang sengaja digembar-gemburkan oleh pihak tertentu, beliau berkata, kerajaan negeri sekarang masih mempunyai kekuatan 20 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) berbanding hanya 14 wakil rakyat Barisan Nasional (BN).

"Cuba lihat contoh Kelantan pada pilihan raya 2004, kerajaan negeri mempunyai kelebihan cuma satu majoriti tetapi DUN tidak dibubarkan sehinggalah Pilihan Raya Umum 2008.

"Kalau dah majoriti tipis pun DUN tidak dibubarkan, takkan di Kedah yang mempunyai majoriti yang lebih pun hendak dibubarkan," kata beliau kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Kedah di Wisma Darulaman di sini, hari ini.

Beliau mengulas spekulasi yang bertiup kencang sejak akhir-akhir ini mengenai kemungkinan DUN Kedah akan dibubarkan berikutan ura-ura bahawa terdapat beberapa orang lagi ADUN pakatan pembangkang akan melompat parti di Kedah.

Bagaimanapun, kata Azizan, pembubaran sesuatu DUN bergantung kepada keadaan semasa di negeri berkenaan tetapi di Kedah belum sampai ke peringkat yang memerlukan tindakan itu dibuat.

"Pembubaran cuma akan berlaku sebagai pilihan terakhir, di Kedah tidak ada huru-hara buat apa nak bubar?" tambah beliau.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

dari mana demer

visitor