LinkWithin

Pengikut

Jana Wang $$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$ Jana Wang

Ex4 to Mq4 services system Your Internet Cash Generator

Jumaat, Jun 18, 2010

Adun lompat antara penyelesaian....

Politik lompat seakan menjadi budaya di negara kita akhir akhir ini. Alasannya semua sama...tidak puas hati dengan parti atau pimpinan parti. Lompatan paling selamat ialah menjadi bebas... mungkin selepas ini bebas boleh jadi kerajaan kut kerana semakin ramai ADUN dan MP jadi Bebas. Paling mutakhir ialah ADUN Malim Nawar Perak.

Berita lompatan dan gangguan terhadap ADUN Pakatan Rakyat Perak bukan baru. Sejak menang menguasai negeri hinggalah hari ini terus menerus berlaku. Pujukan dan ugutan dikatakan terus berlangsung. Sekitar empat bulan lalu cerita gangguan yang dialami olejh ADUN Pakatan Rakyat Perak khususnya berbangsa India semakin kuat. Kasvinder antara yang paling utama dijadikan sasaran. Dikhabarkan ada sekurang kurangnya tiga lagi dalam usaha lobi dan ugut.

Kerajaan BN di Perak sangat rapuh. Mungkin dengan lompatan ADUN PR menjadikan mereka Bebas untuk menyokong BN dilihat dapat menguatkan BN. Namun disatu sudut lain sokongan Bebas itu kini menjadi beban kerana kedengkian dari dalaman umNO sendiri. Soal harga mereka bukan penting kerana sememangnya mereka mempunyai harga untuk dibeli...cumanya mereka tidak miliki harga diri..

Kita mengharapkan lompatan itu menyeronokkan BN namun jangan lupa sejarah membiktikan banyak sokongan yang membawa rebah. Di satu sudut , mungkin lompatan itu menghilangkan keyakinan pengundi terhadap PR . Ia satu pengajaran besar buat PR dalam pemilihan Calon. DSAI pernah mengakui kesalahan beliau memilih calon yang menyebabkan kes lompat ini.

Pakatan Rakyat sewajarnya membuat penilaian semula dalam pemilihan calon. Bukan hanya pembahagian kerusi yang perlu diambil kira, namun soal calon juga sewajarnya menjadi kriteria parti yang bertanding. Sebagai contoh, jika parti yang diperuntukkkan untuk sesuatu kerusi itu gagal menampilkan calon terbaik , maka sewajarnya pebincangan hati ke hati antara rakan dalam Pakatan untuk memilih calon terbaik dari kalangan mana mana parti yang lebih dihormati dan diyakini .

Jangan kerana kerusi itu telah diperuntukkan untuk partinya, maka tanpa peduli soal kredibiliti calon, maka ia berkeras mempertahankan apa yang mungkin diistilahkan sebagai hak. Apa yang penting ialah kemenangan Pakatan Rakyat, bukan hanya kemenangan mana mana parti. Jangan jadi sebagaimana yang disebut...nafsu nak kahwin terlalu tinggi sedangkan kemampuan tak de...

Apa pun, ia wajar dibincangkan secara adik beradik. Dengan semangat ukhuwwah dan persahabatan untuk mengutamakan kemenangan dan mengekalkan kemenangan. Cadangan seumpama ini mungkin bukan keutamaan namun wajar diberi perhatian agar kepercayaan rakyat terhadap Pakatan Rakyat dapat dikekalkan.... Jangan kecewakan rakyat....

anak sengat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

dari mana demer

visitor