LinkWithin

Pengikut

Jana Wang $$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$ Jana Wang

Ex4 to Mq4 services system Your Internet Cash Generator

Rabu, Jun 16, 2010

Adun macam bangsat ?


Apa nak jadi dengan Adun-Adun Pakatan di Perak. Asyik kena 'sorak' memanjang. Kalau sorak 'syokk' tak per laa jugak. Ini sorak mengeji dan bangsat. Atau ada kalimah yang lebih mulia untuk gantikan 'bangsat' tu ?

Sejak drama Nasaruddin Bota'k', hinggalah ke drama terkini yang berlangsung di Ipoh baru-baru ini. Kena 'kencing' sesaja dengan UMNO. Patut pun Zambry boleh gelak sakan. Pantang ada saja Sidang Media kata Adun BN nak keluar parti, endingnya Adun PR yang terbabas.

Boleh baca ke tidak makna tersirat tu? Maksudnya, jika ada hasrat atau 'gula-gula' Adun BN nak keluar parti, itu tandanya selang 2 atau 3 hari kemudian akan ada Adun PR yang meninggalkan parti. Jadi Bebas dan sokong UMNO. Cantik betul UMNO susun skrip. Dihantarnya beberapa 'malaun' jumpa orang Pakatan dan bilang UMNO tak bagus, acah sikit-sikit akan keluar dari UMNO kononnya, sedangkan pada satu masa yang sama, 'urusan' membawa Adun PR giat berjalan. Dan itu yang berlaku hari ini. Malim Nawar angkat kaki dan say good bye kepada DAP.

Penyokong jadi 'melopong', mulut melohong. Pimpinan kata, itu bagus untuk parti. Kerana parti akan bersih sebersih-bersihnya atas nama 'pembersihan'. Bersih sungguh laa lepas ni. Adun DAP sekarang tinggal 16, PKR 5 dan PAS 6. Jika ada lagi yang nak 'terbabas' jadi Bebas dan sokong UMNO maknanya, memang bersih menjilat jari.

Apa ? Ada lagi yang nak lompat ? Pi la lompat..peduli apa aku..! Yang jelas penyokong dan rakyat makin 'meluat' melihat karenah Adun-Adun yang macam 'bangsat'..!

(*) Ibrahim Ali makin kuat ketawa sampai sengal.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

dari mana demer

visitor