LinkWithin

Pengikut

Jana Wang $$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$ Jana Wang

Ex4 to Mq4 services system Your Internet Cash Generator

Selasa, Jun 01, 2010

Cabaran raih undi masyarakat Cina


Dua tahun lalu, pada 8 Mac, Malaysia yang berusia setengah abad menyaksi ‘Persepakatan Merdeka’ akhirnya musnah apabila undi bukan Melayu bertukar angin kepada pembangkang, Pakatan Rakyat.

Sejak itu dan kebanyakannya berikutan usaha Najib Razak secara berterusan, sekurang-kurangnya masyakat India kembali ke pangkuan Barisan Nasional (BN).


Namun begitu, undi orang Cina – lihat sahaja keputusan pilihan raya kecil di Hulu Selangor dan Sibu – nampaknya kekal bersama pro-Pakatan.

Masyarakat Cina terus bersikap skeptikal terhadap BN, terutama UMNO. Minggu lalu, saya bertemu seorang usahawan Cina yang melahirkan keprihatinan beliau mengenai cara UMNO menguruskan cabaran semasa.

“Saya tahu PM bersungguh-sungguh mahu merubah negara ini. Namun, parti telah menjejaskan inisiatif itu, orang seperti saya melihat secara dekat bolehkah Najib mentransformasi Malaysia? Saya tidak tahu, saya harap begitu tetapi tidak berapa yakin.

“Kebanyakan Cina di Malaysia berdikari dari bantuan kerajaan. Kami tidak perlukan pemberian atau anugerah, anda tidak boleh ‘beli’ sokongan kami. Kami mahukan perubahan”

“Jika anda mengurangkan peruntukan pendidikan, kami akan naikkan sendiri. Kami ada sumber dan tekad,” katanya.

Sentimen masyarakat Cina yang semakin buruk adalah masalah bagi BN dan Malaysia secara amnya. Negara menjadi makmur berikutan percantuman kuasa politik orang Melayu dan kekuatan komersial orang Cina (asasnya dikenali sebagai ‘Persepakatan Merdeka’).

Kita memerlukan kedua-duanya, Melayu dan Cina berganding bahu untuk terus berkembang. Kita tidak mampu untuk memacu jika masyarakat Cina hilang keyakinan. Sesungguhnya, modal insan dan kewangan mereka sangat penting.

Pada masa sama, Parti Tindakan Demokratik (DAP) mengambil tempat pesaingnya dalam BN (MCA dan Gerakan) sebagai proksi politik utama dalam kalangan masyarakat Cina di negara ini.

Namun begitu, DAP sepatutnya menjadi parti berbilang bangsa. Meneruskan agenda berpaksikan orang Cina hanya memberi kesan buruk dalam jangka masa panjang. Sudah terdengar suara-suara persoalkan kedudukan ahli bukan Cina dalam DAP dan hal ini harus ditangani secara penuh berhemah oleh para pemimpinnya.

Juga, DAP tidak boleh lari dari hakikat kejayaan pada 2008 turut berpunca daripada sokongan Melayu yang kian mengukuh, dibawa dua tokoh pembangkang Melayu, Anwar Ibrahim dan Tok Guru Nik Abdul Aziz. Anwar walau bagaimanapun mungkin menghadapi hukuman penjara sekali lagi sementara Nik Aziz semakin uzur.

Tambahan pula – walaupun dalam beberapa kubu kuat MCA dan Malaysia Timur - DAP memiliki semua namun memuncak secara pilihan raya. Tanpa asas undi Melayu, ia boleh menurun.

Oleh itu, DAP harus memelihara perikatan Melayu baru semua peringkat dalam PKR dan Pas. Mereka harus memastikan hubungan menjadi lebih baik dan sihat berbanding formula lama BN.

Isu asas ialah masyarakat Cina di Malaysia tidak lagi berpuas hati dengan ‘Persepakatan Merdeka’. Situasi ini secara menyeluruhnya menjejaskan kedudukan MCA dan Gerakan. Pemimpin mereka tahu apa yang mesti dilakukan untuk memenangi semula hati penyokong. Namun tidak mampu berubah atau mengadaptasinya selagi UMNO – teras dalam BN – menolak untuk berganjak dalam aspek kontrak sosial.

Lebih dari itu, pilihan raya kecil Sibu menunjukkan sentimen ini mempunyai kesan negatif terhadap ‘deposit tetap’ BN selama ini, iaitu Malaysia Timur.

Undi orang Cina secara perlahan berubah, namun tetap akan berkeras menentang BN. Sementara isu ekonomi terus mendominasi, kebebasan awam turut menjadi kritikal. Seperti semua warga belia Malaysia, remaja Cina turut mahukan lebih kebebasan dalam bersuara dan juga kebebasan awam yang lain.

Apa yang menarik ialah, PM terus berusaha memenangi sokongan orang Cina. Sesungguhnya, Najib tidak pernah mengelak dari melawat kawasan atau menghadiri acara kebudayaan masyarakat itu.

Kadangkala seperti berlaku di Sibu: “Mari berurus niaga”, tekad beliau memakan diri, namun itu tidak menidakkan ketergesaan dan betapa seriusnya beliau dalam hal ini.

Najib tahu kepentingan menawan semula hati orang Cina. Beliau tahu Malaysia perlu masyarakat komersil yang berkuasa untuk komited dalam projek nasional.

Masalahnya ialah UMNO (dan Perkasa) tidak melihat perkara ini dalam cara sama. Kedengaran banyak suara dalam parti yang meminta beliau mengabaikan masyarakat Cina dan hanya tumpu kepada Melayu.

Dengan DAP pula, pendekatan seperti itu adalah berbahaya. Oleh itu, Najib bukan sahaja perlu memenangi hati pengundi bukan Melayu malah mendidik partinya mengenai kepentingan dalam berkompromi.

Sesungguhnya, adalah jelas ramai orang Cina melihat Najib lebih baik dari partinya. Masyarakat India juga dilihat berkira-kira sedemikian. Ini adalah petunjuk kuasa perutusan 1Malaysia dan karisma Najib.

Beliau mungkin tidak dapat menawan hati masyarakat Cina secara keseluruhan, namun sekurang-kurangnya menstruktur semula bank undi pelbagai kaum yang mengekalkan BN dalam kuasanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

dari mana demer

visitor