LinkWithin

Pengikut

Jana Wang $$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$ Jana Wang

Ex4 to Mq4 services system Your Internet Cash Generator

Isnin, Jun 28, 2010

Khir Toyo: Khalid masih 'berkuasa'

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim masih lagi "berkuasa" di Selangor walaupun jawatan pengerusi majlis pimpinan negeri kini diambil alih oleh Azmin Ali, kata bekas menteri besar Selangor Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo.

"Khalid masih ada kuasa dan dia masih lagi boleh bagi projek pada orang-orang dia," kata Dr Khir yang juga bekas menteri besar negeri itu.

NONEMenurutnya, Khalid masih lagi boleh bertahan menjadi Menteri Besar kerana beliau mendapat banyak sokongan daripada ADUN DAP di negeri itu berbanding Azmin.

Semalam Azmin dilantik sebagai pengerusi majlis pimpinan negeri Selangor menggantikan Khalid berkuatkuasa serta merta.

Perkara itu diumumkan oleh Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail selepas mempengerusikan mesyuarat pimpinan pusat parti itu di Shah Alam.

Menurut Wan Azizah, rombakan itu dibuat bagi membolehkan Khalid menumpukan tugaskan kepada usaha pentadbiran kerajaan negeri.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Khir berkata, kedudukan Azmin tidak mampu memberikan sebarang kesan terhadap Umno Selangor.

"Dia (Azmin) hanya pegang jawatan pengerusi, tetapi Khalid masih lagi berkuasa kerana dia masih lagi menjadi menteri besar.

"Apa guna memegang jawatan pengerusi majlis pimpinan (negeri) tanpa jawatan menteri besar?" soal Dr Khir yang kini menjadi ketua pemikir Umno negeri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

dari mana demer

visitor