LinkWithin

Pengikut

Jana Wang $$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$ Jana Wang

Ex4 to Mq4 services system Your Internet Cash Generator

Sabtu, Jun 26, 2010

Laporan Polis Terhadap Adun Malim Nawar

http://1.bp.blogspot.com/_6IMV4RX7E_Y/TCU3b_DWrPI/AAAAAAAAKvc/xwVj4GvQO6M/s1600/Jun_14_-_Keshvinder.jpg



7,801Pengundi yang mengundi DAP memang minta anda letak jawatan. Letak jelah jawatan tu. Lagipun jika anda dah dapat duit dari BN, ambil dan letak jawatan. Taklah pegundi kutuk anda sampai mati..

Pengundi buat laporan polis

KAMPAR: Seorang pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Malim Nawar semalam membuat laporan polis terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan itu, Keshvinder Singh kerana tindakan wakil rakyat itu keluar dari DAP dan menjadi wakil rakyat Bebas yang menyokong Barisan Nasional (BN).

Pengundi itu, Veer Singh Ban Singh, 48, yang mendakwa mewakili lebih 23,000 pengundi di DUN berkenaan membuat laporan di Balai Polis Malim Nawar, dekat sini kira-kira jam 12 tengah hari.

Katanya, Keshvinder perlu disiasat mengikut Seksyen 415 Kanun Keseksaan kerana kesalahan menipu dan membohongi rakyat selepas mengabaikan tanggung jawabnya sebagai wakil rakyat.

Beliau mendakwa Keshvinder sebelum ini memberi pelbagai janji untuk membantu rakyat di DUN Malim Nawar.

"Kami memahami kemungkinan Keshvinder mempunyai masalah peribadi tetapi dia tidak sepatutnya melepaskan tanggungjawabnya selepas rakyat meletakkan kepercayaan tinggi kepadanya untuk membantu meringankan beban rakyat.

"Pengundi mengesyaki kemungkinan berlaku sebarang unsur rasuah atau ada di kalangan individu terbabit dalam agenda itu (keluar parti). Pihak berkuasa terutama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis perlu menjalankan siasatan terperinci mengenai perkara itu," katanya selepas membuat laporan itu.

Veer Singh ditemani Ahli Parlimen Ipoh Barat, M Kulasegaran dan ADUN Sungkai, A Sivanesan.

Keshvinder mengisytiharkan keluar daripada DAP dan menjadi wakil rakyat Bebas pada 15 Jun lalu, selepas mendakwa beliau kecewa dengan kepemimpinan Pakatan Rakyat Perak yang terlalu banyak berpolitik sehingga mengabaikan tugas sebagai wakil rakyat.

Sementara itu, Kulasegaran mendakwa laporan polis berkenaan adalah kali pertama dilakukan di Malaysia oleh pengundi yang tidak berpuas hati dengan perbuatan tidak bertanggungjawab wakil rakyat di kawasan mereka.

"Sebelum ini, belum ada sejarah menunjukkan pengundi di sesuatu kawasan bertindak membuat laporan polis mengikut Seksyen 415 Kanun Keseksaan iaitu bagi kesalahan jenayah menipu. Ia jelas menunjukkan perasaan tidak puas hati rakyat di kawasan itu yang marah dengan tindakan Keshvinder," katanya.

Keshvinder gagal dihubungi bagi mengulas laporan polis terhadapnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

dari mana demer

visitor