LinkWithin

Pengikut

Jana Wang $$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$ Jana Wang

Ex4 to Mq4 services system Your Internet Cash Generator

Jumaat, Jun 18, 2010

Mexico tewaskan Perancis

OLOKWANE, Afrika Selatan – Mexico menewaskan Perancis 2-0 hasil jaringan Javier Hernandez pada minit ke-64 dan sepakan penalti Cuauhtemoc Blanco pada minit ke-79 di Stadium Peter Mokaba awal pagi ini



Peminat hampa Korea kalah


KUALA LUMPUR – Ribuan penyokong Korea Selatan yang membanjiri ibu negara semalam hampa selepas pasukan kesayangan mereka tumpas 4-1 kepada Argentina dalam perlawanan Kumpulan B, semalam.

Selepas mencatat kemenangan 2-0 ke atas Greece dalam saingan pembukaan, minggu lalu, kehadiran peminat di kawasan Ampang meningkat dengan harapan skuad yang diketuai Park Ji Sung itu mampu melakar kejutan.

Lautan merah membanjiri kawasan yang dikenali sebagai ‘Little Korea’ untuk membolehkan penonton menyaksikan detik perlawanan Piala Dunia secara langsung di skrin gergasi yang disediakan.

Bukan saja warga Korea membanjiri kawasan berkenaan, malah ia turut menarik kehadiran warga asing lain, selain peminat bola sepak tempatan.

Penyokong Korea Selatan yang berbaju merah tidak putus-putus melaungkan sokongan semangat kepada pasukan pilihan ketika menyaksikan perlawanan hingga ke wisel penamat.

Gol sendiri yang dijaringkan pemain Park Chu-Yong pada awal perlawanan membuatkan lebih 1,000 penonton terdiam seketika, sebelum bangun bersorak apabila pemain tengah, Lee Chung Yong menyumbangkan gol pada minit ke-45.

Peminat remaja Korea Selatan, Lee Si Won, 18, berkata, walaupun hampa dengan keputusan perlawanan, namun dia bangga pasukannya telah memberi tentangan terbaik kepada gergasi Amerika Selatan itu.

Seorang penyokong Argentina berbangsa Iran yang terselit di antara ribuan penyokong Korea, Karim Bamshad, 29, pula berkata, jaringan Gonzalo Higuain amat istimewa, terutama ketika skuad itu berjaya menguasai sepenuhnya perlawanan pada separuh masa kedua.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

dari mana demer

visitor