LinkWithin

Pengikut

Jana Wang $$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$ Jana Wang

Ex4 to Mq4 services system Your Internet Cash Generator

Selasa, Jun 15, 2010

Nik Nazmi Dilantik Pengarah Komunikasi PKR

PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad (gambar) dilantik sebagai Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Pelantikan itu mengesahkan desas-desus bahawa beliau bakal melepaskan jawatannya sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang disandangnya sejak tahun 2008 berkuat kuasa hari ini.

Difahamkan, pengumuman mengenai pelantikan itu akan dibuat oleh PKR dalam masa terdekat.

Bagaimanapun sumber memberitahu mStar Online, belum ada calon yang disebut-sebut bakal menggantikan kedudukannya di Pejabat Menteri Besar.

"Peletakkan dan pelantikan Nik Nazmi tidak ada kena-mengena kononnya hubungannya dengan Tan Sri (Abdul Khalid) dingin atau tak sehaluan.

"Tapi beliau mahu menumpukan sepenuhnya kepada tugas barunya," kata sumber itu lagi.

Berdasarkan laman web rasmi PKR, www.keadilanrakyat.org, Pengarah Komunikasi sekaranag ialah Jonson Chong.

Semalam laporan akhbar menyebut dakwaan Nik Nazmi yang dikatakan tidak mengetahui spekulasi tersebut yang turut mengaitkan hubungannya dengan Abdul Khalid ketika ini 'bermasalah'.

Malah beliau menafikan desas-desus bahawa beliau akan meletakkan jawatannya sebagai Setiausaha Politik dalam tempoh terdekat ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

dari mana demer

visitor