LinkWithin

Pengikut

Jana Wang $$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$ Jana Wang

Ex4 to Mq4 services system Your Internet Cash Generator

Selasa, Jun 01, 2010

Perpindahan awal curi tumpuan


Marouane chamakh menjadi milik Arsenal selepas tidak menyambung kontrak dengan kelab lamanya, Bordeux untuk beraksi di Liga Perdana England.


KETIKA tumpuan lebih terarah kepada Piala Dunia 2010 Afrika Selatan yang bakal berlangsung bulan depan, perpindahan pemain sebaik tamat musim bola sepak Eropah 2009/2010 turut mendapat perhatian walaupun ada yang memberi pendapat ia terlalu awal untuk berlaku.

Setakat ini sahaja dua perpindahan berpengaruh sedang hangat diperkatakan iaitu penghijrahan David Villa dari Valencia ke Barcelona, serta kepantasan pengurus Arsenal, Arsene Wenger mendapatkan khidmat Marouane Chamakh secara percuma dari Bordeux.

Perpindahan awal itu sedikit sebanyak menimbulkan pelbagai spekulasi bahawa pemain bintang seperti Steven Gerrard dan Fernando Torres (Liverpool) tidak terkecuali Wayne Rooney (Manchester United) akan meninggalkan kelab kesayangan mereka selepas saingan Piala Dunia.

Tidak sampai seminggu Barcelona meraih kejuaraan Liga Sepanyol, kelab Catalan itu telah mengumumkan bahawa Villa menyatakan hasrat untuk menyarung jersi biru-merah dan ia telah menjadi kenyataan pada 19 Mei lalu.

Perpindahan bernilai 34.2 juta pound (RM165 juta) atau yang ketujuh termahal di dunia itu mengejutkan ramai pihak tatkala dia dikaitkan untuk beraksi di Liga Perdana England (EPL) bersama pasukan United atau Chelsea.

Bagaimanapun semuanya telah terbukti selepas pemain itu lulus ujian kecergasan dan hadir pada sesi perkenalan di Stadium Nou Camp di hadapan ribuan penyokong Barca yang sudah tidak sabar menanti aksinya bersama juara Liga Juara-Juara Eropah musim 2008/2009 itu.

Ketika cakap-cakap mengenai perpindahan Villa masih belum reda, The Gunners pula membuat kejutan dengan menyambar Chamakh selepas kontraknya tamat bersama kelab Perancis, Bordeux dan mengikut peraturan bosman pemain yang tidak diperbaharui kontraknya akan dilepaskan secara percuma.

Tuah ternyata berpihak kepada Arsenal kerana tidak perlu mengeluarkan satu sen pun untuk mendapatkan penyerang Maghribi berusia 26 tahun itu tatkala mereka dihimpit dengan masalah ketiadaan penyerang sejati seperti di era kegemilangan 90-an dengan kehadiran Ian Wright, Dennis Bergkamp dan Thierry Henry.

Perpindahan kedua-dua pemain itu membuktikan bahawa Piala Dunia 2010 tidak boleh mempengaruhi kehendak kelab yang mahu mendapatkan pemain yang diidamkan secepat mungkin tanpa perlu menunggu kejohanan yang diadakan empat tahun sekali itu berakhir.

Perpindahan Villa dan Chamakh mengundang pelbagai spekulasi bagi perpindahan besar yang lain dan ada pengurus pasukan yang mula mengikut jejak langkah Pep Guardiola (Barcelona) dan Wenger untuk memperkuatkan pasukan mereka secepat mungkin walaupun saingan liga baru sahaja ditamatkan

Perpindahan jurulatih turut mendebarkan

Jurulatih mana yang gagal membawa pasukan meraih kejayaan atau setidak-tidaknya beraksi cemerlang bakal menimpa nasib malang seperti Pellegrini yang dipecat oleh Madrid, namun jurulatih yang berjaya pula akan cuba dipancing.

Situasinya membuatkan pasukan yang cemerlang berasa takut akan kehilangan jurulatih kesayangan mereka, Inter dikatakan akan menerima nasib seperti itu selepas Mourinho dikatakan akan berhijrah ke Madrid.

Tidak terkecuali Rafa Benitez yang gagal membawa Liverpool berada di antara empat pasukan terbaik EPL menjadi buruan beberapa kelab seperti Juventus walaupun pemilik kelab masih belum memutuskan sama ada Benitez bakal kekal di Anfield.

Bagaimanapun pelantikan Luigi Del Neri selaku jurulatih baru Juventus telah menyangkal dakwaan bahawa Benitez akan ke Itali, Del Neri yang membimbing Sampdoria musim lalu dikatakan orang paling layak menaikkan semula kekuatan gergasi Itali itu.

Tiga jurulatih di kelab gergasi England, United, Chelsea dan Arsenal, iaitu Alex Ferguson, Carlo Ancelotti dan Wenger tidak dikaitkan dengan mana-mana kelab baru dan tugas mereka adalah mencari pemain baru terbaik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

dari mana demer

visitor