LinkWithin

Pengikut

Jana Wang $$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$ Jana Wang

Ex4 to Mq4 services system Your Internet Cash Generator

Rabu, Jun 09, 2010

Remaja subahat rakam adegan rogol ditahan

AMPANG: Remaja perempuan yang bersekongkol mengambil gambar ketika seorang perogol bersiri melakukan hubungan seks dengan mangsanya ditahan jam 4.45 petang di rumahnya di Taman Cheras, kelmarin.

Difahamkan, remaja terbabit berusia 18 tahun rakan kepada perogol bersiri berkenaan dan dia ditugaskan mengambil video ketika suspek melakukan aksi seks dengan beberapa mangsanya.
Menurut sumber polis, remaja perempuan terbabit ditahan reman empat hari bermula hari ini (semalam) bagi membantu siasatan kes terbabit.

Hasil soal siasat, kamimenjejaki remaja perempuan terbabit yang juga seorang pelajar dan setakat ini polis masih menjalankan siasatan berhubung pembabitannya.
Kami belum mengetahui sama ada dia menjadi orang tengah atau menerima upah daripada suspek dan setakat ini polis masih memburu seorang lagi lelaki dipercayai dapat membantu siasatan, katanya.

Sumber terbabit berkata, polis turut merampas telefon bimbit dan juga komputer milik remaja berkenaan dan siasatan lanjut masih diteruskan untuk mencari bukti sama ada gambar aksi seks itu disimpan.

Difahamkan, remaja perempuan yang ditahan itu turut pernah menjadi mangsa cabul perogol bersiri terbabit dan aksinya turut dirakam membuatkan dia terpaksa mengikut segala kata-kata suspek. Sementara itu Timbalan Ketua Polis Ampang Jaya, Superintendan Amiruddin Jamaluddin ketika dihubungi mengesahkan penahanan remaja perempuan berkenaan bagi membantu siasatan dalam kes terbabit.

Polis masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti pembabitan remaja terbabit dalam kes ini dan dia kini ditahan untuk membantu siasatan, katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

dari mana demer

visitor