LinkWithin

Pengikut

Jana Wang $$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$ Jana Wang

Ex4 to Mq4 services system Your Internet Cash Generator

Selasa, Jun 08, 2010

Seorang lagi Menteri telah di kesan Kejahilannya...

"Nampaknya makin ramai Menteri-menteri kerajaan BN yang tertekan dengan desakan rakyat dan pemimpin khususnya dari Pakatan Rakyat berhubung isu judi bola ini.

Terbaru kenyataan dari menteri Dalam Negeri, Hishammuddin Hussin yang meminta agar ada pihak tampil memberi cadangan berkenaan isu judi ini. Kenyataan beliau dilihat sebagai suatu gambaran bahawa kerajaan sedang tertekan akibat desakan dan tekanan yang kerap di lemparkan berkaitan isu ini.

Dari kenyataan Hishammuddin itu sendiri kita dapat tahu bahawa, menteri kerajaan BN ni bukan sahaja jahil tentang agama, bahkan tidak sedar diri. Apakah mereka tidak lihat berapa ramai pemimpin-pemimpin (khususnya dari PR), pertubuhan-pertubuhan, NGO, dan individu-individu telah menyatakan bantahan terhadap isu ini.


Bantahan yang dibuat itulah cadangannya..iaitu pemberian lesen judi bola itu harus di tarik balik oleh kerajaan..itulah cadangannya.

Saya berpandangan, masalah utama adalah dari sebab kejahilan pemimpin-pemimpin kerajaan itu sendiri yang tidak faham agama. Sifirnya mudah, andai suatu perkara itu sudah terang dan jelas haram, maka tidak timbul soal untuk mencari alternatif atau cadangan lain bagi menghalalkannya.
Seolah-olah, mereka anggap dan mengharapkan ada pihak lain yang boleh memberikan cadangan lain supaya lesen judi ini dapat di berikan agar dengan alasan jenayah serius seperti permerdagangan manusia dan pinjaman wang haram atau ah-long berlaku. Inilah perangai pemimpin BN yang cuba sedaya upaya untuk mengalih masalah pokok yang berlaku. Jika kita sedar, masalah utama bukanlah sebab akan berlakunya perjudian haram (yang tiada lesen), atau aktiviti permerdagangan manusia, atau ah-long, tetapi soal pokok adalah dari sudut HUKUM, hukum yang telah jelas terang dan nyata.
Namun, anehnya pasti kebanyakan mereka akan cuba berdalih dan mencari alasan dengan menyamakan dengan negeri-negeri pakatan rakyat lain. Kononnya kerajaan negeri pakatan rakyat harus mengharamkan pusat judi dahulu sebelum menegur kerajaan pusat.
Bagi mereka ini soal politik semata-mata. Sekali lagi, inilah bahana fahaman sekular ajaran BN-UMNO yang meresap kedalam kepala otak pemimpin mereka. Semuanya dilihat soal politik. Peliknya, bila di dalam masjid, tak boleh pula cerita soal politik....
Bagi mereka yang sering menimbulkan persoalan, sebagai contohnya mengapa negeri PR, seperti Selangor dan Kedah tidak mengharamkan pusat-pusat judi. Soalan-soalan tipikal ini sebenarnya tidak memerlukan jawapan, dan tidak semua persoalan perlukan jawapan, kerana ada soalan yang harus dijawab dengan persoalan juga. Apakah mereka tidak sedar bahawa negeri-negeri Pakatan sebelum ini telah di perintah lama oleh kerajaan BN..? Bina rumah sebelah pagi, sebelah petang sudah siap..?
Pemimpin-pemimpin negeri PR sememangnya sedang berusaha sediki-demi sedikit untuk menghilangkan 'kudis' yang ditinggalkan oleh kerajaan BN sebelum ini..Persoalannya, apakah pemimpin kerajaan pusat BN ini tidak sedar bahawa pemerintahan mereka selama 50tahun itu sebenarnya semakin bertambah-tambah pusat-pusat maksiat..?? Persoalan lain, apakah mereka yang sedang berusaha sedikit demi sedikit membasmi maksiat itu lebih HINA berbanding mereka yang bukan sahaja dilihat tidak berusaha mengurangnya maksiat tetapi semakin MENGGALAKKANnya pula lagi...??? Tepuk dada tanya iman..Wallahualam



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

dari mana demer

visitor