LinkWithin

Pengikut

Jana Wang $$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$ Jana Wang

Ex4 to Mq4 services system Your Internet Cash Generator

Sabtu, Jun 26, 2010

Tiada kaitan pengganas

KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah menegaskan bahawa polis tidak pernah mengaitkan empat tokoh di negara ini sebagai kumpulan pengganas.

:“Sebenarnya pada 21 Jun lalu, ada dua taklimat... satunya diberikan pihak Bukit Aman. Saya fikir taklimat ini adalah tepat dan tidak menimbulkan sebarang masalah dan saya akan mempertahankannya.

“Tetapi ada taklimat kedua. Ini yang saya dengar beberapa pihak mempersoalkannya kerana mengaitkan Ahli Parlimen, bekas menteri besar, mufti dan bekas mufti,” katanya menjawab soalan tambahan Datuk Mahfuz Omar (Pas-Pokok Sena) pada Persidangan Dewan Rakyat di sini, semalam.

Mahfuz dalam soalannya meminta supaya diberikan penjelasan berhubung dakwaan bahawa bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin; Mufti Perlis Dr Juanda Jaya; Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim terlibat dengan kumpulan pengganas.

Sementara itu, Saifuddin berkata, beliau meneliti hujah yang dibuat penyampai taklimat pada ketika itu dan mendapati ia tidak berasaskan kepada fakta kukuh.

:“Terdapat hujah-hujah yang diberikan adalah tidak betul, termasuk mengaitkan pengasas Wahabi, Muhammad Abdul Wahab dengan pengasas Arab Saudi, Muhammad Ibn Saud. Saya berpendapat adalah tidak betul untuk individu berkenaan mengaitkan balas dendam yang terdapat dalam tradisi Arab dengan kegiatan pengganas kerana ia adalah dua perkara berbeza,” katanya.

Beliau berkata, tindakan mengaitkan Wahabi yang tidak pernah difatwa sebagai ajaran sesat oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dengan kegiatan pengganas adalah satu perbuatan yang dilihat melampau.

“Saya juga mendapati orang yang memberi taklimat ini mempunyai masalah dengan bekas Mufti Perlis. Jadi bagaimana boleh dikatakan masalah peribadi hendak dijadikan masalah keselamatan negara,” katanya.

Beliau berkata, tindakan mengaitkan agama dengan keganasan adalah berpunca daripada gejala Islamofobia yang banyak berlaku di negara Barat dan ia tidak sepatutnya dibawa ke negara ini. - Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

dari mana demer

visitor