LinkWithin

Pengikut

Jana Wang $$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$ Jana Wang

Ex4 to Mq4 services system Your Internet Cash Generator

Ahad, Jun 13, 2010

Wanita bogel lemas warga Myanmar

KUALA LUMPUR: Identiti mayat seorang wanita yang ditemui lemas dalam keadaan bertelanjang bulat di kawasan rekreasi Ulu Yam Baru, dekat sini Ahad lalu, sudah dikenal pasti sebagai warga Myanmar.

Ketua Polis Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affendi, berkata mangsa, Khin Su Hlaing, 24, seorang pekerja kedai makan di sebuah restoran di Sungai Way. “Mayat mangsa sudah dikenal pasti kakaknya di Hospital Sungai Buloh, semalam.

Berdasarkan laporan, mangsa dipercayai dilarikan ke kawasan rekreasi itu oleh empat lelaki yang cuba menyamunnya,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam. Difahamkan, mangsa yang ketika itu berada di sebuah kafe siber di Selayang Baru, dekat sini, dilarikan dan disamun sekumpulan lelaki sebelum ditinggalkan di kawasan itu keseorangan.

“Siasatan awal, semua suspek dipercayai menaiki sebuah kereta Proton Wira dan usaha menjejaki mereka kini giat dijalankan. “Hasil bedah siasat mendapati mangsa mati akibat lemas dan tiada kesan luka fizikal di seluruh tubuhnya. Bagaimanapun, keputusan darah dan sampel kuku dianalisis bagi memastikan sama ada mangsa dirogol atau tidak,” katanya.


Norel Azmi berkata, setakat ini, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Ahad lalu, akhbar ini melaporkan seorang wanita ditemui lemas di kawasan rekreasi di Ulu Yam Baru, dekat sini, dalam keadaan telanjang bulat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

dari mana demer

visitor