LinkWithin

Pengikut

Jana Wang $$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$ Jana Wang

Ex4 to Mq4 services system Your Internet Cash Generator

Khamis, Julai 15, 2010

Akhbar harakah terselamat

KUALA LUMPUR - Kementerian Dalam Negeri (KDN) memutuskan untuk memperbaharui permit penerbitan lidah rasmi Pas, Harakah, dengan memberi amaran keras supaya ia hanya dijual di markas dan pejabat urusan parti itu sahaja.

Permit penerbitan akhbar itu tamat pada 7 Julai lalu.

Setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan & Teks AL-Quran KDN, Datuk Zaitun Ab Samad berkata, keputusan untuk memperbaharui permit penerbitan Harakah dibuat setelah KDN berpuas hati dengan kerjasama, penjelasan dan janji pihak pengurusan Harakah untuk mematuhi syarat-syarat permit penerbitan serta Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Menurutnya, pihak pengurusan Harakah memberi perhatian serius terhadap surat tunjuk sebab yang dikeluarkan oleh KDN dan telah menunjukkan kerjasama yang baik.

Pengerusi Jemaah Pengarah Harakah, Datuk Mustafa Ali dan Pengarah Urusan, Datuk Kamarudin Jaafar telah datang berjumpa Ketua Setiausaha, Datuk Seri Mahmood Adam pada 12 Julai lalu untuk memberi penjelasan.

Zaitun berkata, pihak Harakah juga telah menjawab surat tunjuk sebab pada 13 Julai dengan membuat akujanji akan mematuhi syarat-syarat permit penerbitan seperti mencetak perkataan "Untuk Ahli Sahaja" dan menghantar lapan naskhah setiap keluaran Harakah kepada kementerian sebaik sahaja ia dicetak.

"Kementerian akan sentiasa memantau penerbitan Harakah untuk memastikan pematuhan," katanya. - Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

dari mana demer

visitor