LinkWithin

Pengikut

Jana Wang $$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$ Jana Wang

Ex4 to Mq4 services system Your Internet Cash Generator

Rabu, Julai 28, 2010

Anwar: Mustahil Umno-PAS kerjasama walaupun tanpa Nik Aziz

Anwar berkata Umno tidak memahami PAS. — gambar fail

KUALA LUMPUR, 28 Julai — Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin kerjasama Umno-PAS tidak akan menjadi realiti meskipun tanpa ketiadaan Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Umno beranggapan bahawa Nik Aziz menjadi halangan besar bagi kerjasama politik dan perpaduan antara Umno-PAS, idea yang dicetuskan berulang kali sejak selepas 8 Mac 2008.

“PAS tetap dengan pendirian tidak akan bekerjasama dengan Umno berdasarkan pengalaman lalu dan tanpa bersandarkan prinsip.

“Pemimpin PAS juga menolak kerjasama ini,” kata Anwar yang juga Ketua Pembangkang di Parlimen dalam temu bual disiarkan hari ini sempena lawatan ke Kumpulan Media Karangkraf semalam.

Selain itu jelas Anwar, Umno juga tidak faham PAS dan komponen BN itu merasakan jika “mereka boleh menawan Nik Aziz mereka boleh menguasai PAS.”

“Bersama Pakatan Rakyat (PR) juga PAS, DAP dan PKR mempunyai prinsip dan bagaimana nak fikirkan rundingan dengan Umno tanpa syarat.

“... rundingan apa tanpa syarat,” katanya lagi.

Anwar, juga Penasihat PKR, yang menjadi faktor penting membawa ketiga-tiga parti itu di bawah PR menambah, perpaduan itu adalah satu tuntutan dan kalau betul mana-mana pihak mahukan perpaduan ia mesti dimulakan dengan “premis yang betul.”

“Mesti ikhlas tegakkan keadilan dan hentikan kezaliman ini dahulu.

“Jika tidak perpaduan akan dilihat sebagai Melayu dilihat cuba mendominasi kumpulan yang lain,” katanya.

Kata Anwar, tiada orang akan menentang jika orang Islam dan Melayu bersatu.

“Saya pun kata bagus,” katanya sambil menambah, “namun bersatu untuk apa?”

“Bersatu itu adalah untuk menegakkan sesuatu dengan lebih baik, bukan bersatu kerana diancam,” katanya lagi.

Kelmarin, Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan berkata usaha pihaknya untuk menjalin perpaduan bersama PAS tidak akan dihentikan meskipun mendapat tentangan Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan.

Ahmad berkata ini kerana Umno yakin masih terdapat kumpulan tertentu dalam PAS yang menyokong usaha berkenaan.

“Nik Abdul Aziz boleh cakap apa saja tapi dalam PAS itu ada juga kumpulan-kumpulan tertentu. Sebagaimana orang maklum, PAS ini bukannya semua berkisar pada Nik Abdul Aziz saja,” katanya yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Malah tegas beliau PAS tidak bergantung kepada kepimpinan Nik Abdul Aziz semata-mata kerana masih ada pemimpin lain termasuk presiden, timbalan presiden dan jawatankuasa tertinggi parti.

Beliau bagaimanapun bersetuju dengan kenyataan Nik Aziz bahawa tidak perlu orang tengah dan sebarang syarat sekiranya pertemuan tersebut diadakan

Pemimpin-pemimpin PAS sudah menegaskan bab perbincangan dengan Umno “sudah ditutup”, dan hanya mahu memberi tumpuan terhadap usaha mengukuhkan kerjasama dalam PR.

dari mana demer

visitor