LinkWithin

Pengikut

Jana Wang $$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$ Jana Wang

Ex4 to Mq4 services system Your Internet Cash Generator

Isnin, Julai 19, 2010

Bekas sarjan TUDM mohon perlindungan

Mahkamah Sesyen Petaling Jaya hari ini tegang ketika peguam bekas sarjan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), N Tharmendran memfailkan permohonan perlindungan di sebuah bali polis berhampiran.

Kehadiran dua pegawai TUDM yang berada di perkarangan mahkamah mengusarkan peguam-peguam Tharmendran yang bimbang anak guamnya itu akan 'ditahan.'

Kedua-dua peguam utamanya, N Surendran dan Lateefa Koya kemudiannya menghampiri seorang daripada 'pegawai' yang tidak memakai pakaian seragam itu.

"Dia mengakui yang dia adalah seorang pegawai tetapi menafikan bahawa dia seorang saksi ataupun terlibat dengan kes berkenaan,” kata Surendran.

"Dia dan seorang lagi pegawai mendakwa hanya menemani seorang pegawai lain yang hadir di mahkamah. Ditanya sama ada pegawai itu masih berada sekitar, dia menjawap tidak tahu.”

Tharmendran dan peguamnya hadir untuk memfailkan laporan polis kerana mendakwa pada Sabtu lalu terdapat teman lamanya yang cuba menahannya sebelum perbicaraan kesnya Isnin ini.

Men
urut Surendran, beberapa kakitangan tentera udara - tiga lelaki dan seorang wanita - muncul di rumah Tharmendran di Seremban Jumaat lalu bertanyakan tentang "lapor diri ke kem".

"Ibu bapanya bagaimanapun berkata mereka tidak tahu di mana anaknya berada selepas meninggalkan rumah akhir-akhir ini untuk menetap di tempat lain," kata Surendran.

Tharmendran sebelum ini diikatjamin dengan RM50,000. Beliau dituduh mencuri - dan bersubahat mencuri - dua enjin jet daripada Pangkalan Tentera Udara Subang pada Disember 2007.
Laporan polis hari ini adalah asas kepada arahan perlindungannya dan akan didengar oleh mahkamah sesyen pada jam 2 petang ini.

Sebelum itu, hakim Hayatul Akmal menangguhkan perbicaraan Tharmendran, sementara menunggu keputusan dua permohonan yang difailkan oleh peguamnya di mahkamah sesyen dan mahkamh tinggi.

Permohonan pertama difailkan pada 15 Julai di mahkamah sesyen - memohon dokumen lanjutan daripada pihak pendakwa berhubung dakwaan kecurian enjin jet.

Permohonan kedua pula difailkan pada 16 Julai di Mahkamah Tinggi Shah Alam memohon kes Tharmendran ditolak kerana proses sewajarnya tidak dipatuhi.

Ti
ada tarikh yang ditetapkan oleh mahkamah tinggi bagi mendengar permohonan itu.

Hadir pada perbicaraan ini adalah tertuduh bersama K Rajandran Prasad, yang diwakili oleh peguam Gobind Singh Deo.

Pihak pendakwaan diketuai oleh timbalan pendakwa raya Ishak Muhamad Yusof.

Mahkamah sesyen menetapkan 6 September sebagai tarikh sebutan kes dan sambungan perbicaraan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

dari mana demer

visitor