LinkWithin

Pengikut

Jana Wang $$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$ Jana Wang

Ex4 to Mq4 services system Your Internet Cash Generator

Rabu, Julai 21, 2010

Harusani Berbohong

PAS masih mempertahankan yang pihaknya tidak pernah menghantar wakil rasmi untuk menemui Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria agar menjadi orang tengah mengaturkan pertemuan penyatuan Umno-PAS.

Sehubungan itu, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar mencabar Harussani agar mendedahkan nama pemimpin parti itu yang didakwa menemui beliau berhubung isu idea perundingan menyatukan Umno-PAS.

“Sekali lagi kami hendak mengatakan yang kami tidak menghantar dan tidak pernah memutuskan perkara ini... tidak, tidak ada orang, tiada keputusan parti.

“Semua pemimpin PAS sedar perkara (pendirian parti) ini, kami yakin mereka tidak akan bekerja bersendirian. Sebab itu saya minta Tan Sri Harussani mendedahkan nama mereka jika benar ada wakil PAS jumpa beliau,” kata Mahfuz.

Mahfuz masih mendakwa Harussani digunakan oleh Umno untuk mencetuskan isu semasa ini, sekali gus menimbulkan kesangsian di kalangan komponen Pakatan Rakyat terhadap kepimpinan PAS kononnya berminat untuk berbincang dengan Umno.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu berpendapat bahawa perkara itu sengaja direka-reka untuk mencetuskan suasana tidak kondusif dalam hubungan komponen Pakatan Rakyat.

Dalam siri respons dan reaksi, Harussani semalam menafikan dakwaan Mahfuz dan seorang lagi naib presiden Salahuddin Ayub kononnya beliau membuat fitnah serta melakukan satu pembohongan berhubung adanya pemimpin PAS dan Umno yang menemuinya untuk mendapatkan pandangan bagi menyatukan kedua-dua parti itu.

“Saya seorang mufti takkanlah saya nak membohong, cuma saya tak nak sebut nama orang yang bertemu dengan saya itu....jadi saya tidak membohong. Dia nak tuduh saya membohong itu dia punya pasal.

“Yang penting dia seorang Islam atau tidak...berjuang atas nama Islam atau tidak, kenapa nak bersekongkol dengan yang lainnya,” katanya.

Salahuddin dan Mahfuz kelmarin menuduh Harussani membuat fitnah serta melakukan pembohongan bahawa terdapat pemimpin Pas dan Umno yang menemuinya untuk mendapatkan pandangan bagi menyatukan Umno dan PAS.

Dalam kenyataan berasingan yang diemelkan, Mahfuz berkata PAS sekali lagi menegaskan tidak akan bekerjasama dengan Umno yang menjadi sekutu Yahudi.

Kata beliau, Umno secara jelas melalui pemimpin utamanya yang menguasai kerajaan pusat telah melantik firma APCO, yang merupakan proksi kepada gerakan Zionis antarabangsa yang menjaga kepentingan politik Israel dan Amerika sebagai penasihat kerajaan Umno-BN.

“Perbuatan ini satu pengkhianatan kepada perjuangan umat Islam dan rakyat Palestin. Kerajaan Umno-BN juga menjalinkan hubungan perdagangan secara rahsia dengan negara haram Israel dan ini membantu memperkukuhkan ekonomi Israel,” katanya.

Sehubungan itu kata beliau, PAS sekali kali tidak akan mengkhinati perjuangan umat Islam dan rakyat Palestin.

“PAS kesal dengan tindakan kerajaan Umno/Bn yang menikam dari belakang ke atas umat Islam dan rakyat Palestin. Bantuan dihulur untuk rakyat Palestin dalam masa yang sama membantu pengukuhan ekonomi negara haram Israel.

“PAS akan terus memperkukuhkan hubungan dan kerjasama dalam Pakatan Rakyat bagi membina Malaysia baru dan terus melindungi Islam dan apa sahaja yang berkaitan dengan Melayu dan Bumiputera yang terdapat dalam perlembagaan persekutuan, di samping menjamin hak semua kaum turut dilindungi dengan menjadikan prinsip keadilan sebagai teras pembangunan sesuai dengan Islam sebagai agama pembawa rahmat seluruh alam,” kata Mahfuz.

Katanya, PAS juga mahu seluruh umat Islam dan orang Melayu supaya tidak terperangkap dengan agenda politik murahan Umno yang memukul gendang perpaduan.

“Inilah agenda Umno pada setiap kali sesak nafas dia akan meminta oksigen dari PAS. Terima kasih pada Tan Sri Harussani yang bijak membuat bacaan politik bahawa kuasa politik Melayu Umno akan hilang.

“Kenyataan beliau menambah keyakinan PAS untuk mengambil tempat Umno dan memberi harapan baru kepada umat Islam dan bangsa Melayu bahawa tanpa Umno umat islam dan bangsa Melayu mampu berdiri megah dan gagah untuk muncul dengan kuasa baru politik bersama semua kaum di bawah payung Pakatan Rakyat,” katanya lagi malaysia insider

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

dari mana demer

visitor