LinkWithin

Pengikut

Jana Wang $$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$ Jana Wang

Ex4 to Mq4 services system Your Internet Cash Generator

Sabtu, Julai 03, 2010

Kami mahu 'kail bukan ikan'

Dalam usaha mengubah dan meningkatkan taraf hidup masyarakat Orang Asli yang mempunyai kira-kira 18 suku kaum di negara ini, pendidikan, kemahiran dan pemilikan tanah dilihat begitu penting.



Menurut Presiden Persatuan Orang Asli Semenanjung Malaysia, Majid Suhut, ini kerana melalui pendidikan dan kemahiran masyarakat Orang Asli boleh bersaing dengan kaum lain dan melalui pemilikan tanah mereka boleh mencari rezeki.

Beliau berpendapat untuk menaiktaraf kehidupan Orang Asli yang seramai kira-kira 141,000 orang di negara ini, kerajaan perlu memberi tumpuan dalam pemberian tanah dan pendidikan terutama kepada generasi baru Rancangan Malaysia ke-10 (RMK10).

Orang Asli masih jauh ketinggalan berbanding kaum lain dalam pendidikan yang mana mereka yang layak ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) dan sekolah masih tidak ramai mengikut nisbah.

Berlakunya keadaan ini adalah kerana generasi baru Orang Asli masih tidak mempunyai wang mencukupi untuk ke sekolah walaupun menerima bantuan.



Daripada segi prasarana pendidikan, ia lebih baik cuma ada kekurangan daripada segi kebajikan kerana masih ramai anak Orang Asli yang ke sekolah dengan perut kosong.

Walaupun ada skim Rancangan Makanan Tambahan (RMT) ia masih belum mencukupi kerana pada waktu rehat tengah hari anak Orang Asli juga mahu menikmati makanan seperti kaum lain.

'Kail bukan ikan'

Menurut beliau lagi usaha kerajaan memberi bantuan kepada Orang Asli dengan memberi biasiswa kepada enam pelajar Orang Asli baru-baru ini untuk ke luar negara sedikit sebanyak dapat membantu meningkatkan lagi pencapaian masyarakat ini.

"Selama ini Orang Asli mungkin tidak mempunyai peluang untuk pergi ke luar negara walaupun ada yang mempunyai kelayakan sebab kami tidak ada satu badan seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA) untuk membantu kami".

Pada masa yang sama Majid mahu kerajaan, NGO (Badan Bukan Kerajaan) memberikan mereka "pancing" iaitu seperti latihan kemahiran dan sebagainya dan bukan hanya memberi bantuan bulanan berupa wang.



Beliau berkata sekiranya Orang Asli hanya dibantu daripada segi kewangan,
ia akan menyebabkan mereka bergantung kepada bantuan dan akan malas berusaha menambah pendapatan.

"Sekiranya kerajaan memberi latihan kepada Orang Asli seperti menjahit, membuat rantai manik ianya secara langsung dapat menambah pendapatan mereka, dan bukan hanya mengharap wang diberi setiap bulan.

"Apa yang saya lihat sekarang ada di kalangan Orang Asli yang seperti itu namun tak ramai, bantuan wang tu memang kami harapkan tapi berilah latihan yang bersesuaian untuk memajukan lagi Orang Asli," katanya lagi.

Sokong pemilikan tanah

Majid berkata pihaknya menyokong penuh dan gembira apabila kerajaan ingin membantu masyarakat Orang Asli dalam pelbagai perkara menerusi RMK10 terutama dalam pemilikan tanah dan beliau menyatakan bahawa ia begitu membantu masyarakat Orang Asli.

Ini kerana menurut Majid sehingga ini masih ramai Orang Asli yang belum mempunyai pemilikan tanah yang sah kerana kebanyakan mereka masih lagi tinggal di kawasan hutan dan pinggir sungai.



Namun menurut beliau pemberian pemilikan tanah menerusi RMK10 masih umum dan belum jelas bagi masyarakat Orang Asli dan mereka masih menunggu penjelasan lanjut akan perkara ini.

Majid berkata pihaknya mahu kerajaan agar tidak menghadkan pemberian pemilikan tanah kepada hanya 2.6 hektar (6 ekar) untuk satu keluarga terutama yang telah mengusahakan tanah lebih daripada keluasan itu.

"Kami mencadangkan kepada kerajaan apa yang telah diusahakan oleh satu keluarga itulah yang diberi, namun sekiranya tanah yang diberi itu masih baru dan belum diusahakan kami akan menerimanya," kata beliau lagi.



Beliau berkata segala-gala yang berkaitan dengan penetapan dan sempadan adalah ditentukan oleh ketua atau dengan kata lain 'Tok Batin' sesebuah masyarakat Orang Asli dan tidak boleh ditetapkan oleh mereka sendiri.

"Contohnya sempadan tanah Orang Asli adalah dari pokok ke pokok dan Orang Asli lain tidak boleh usik tanah itu, kalau mereka mahu juga mereka perlu berurusan dengan Tok Batin.

Majid berkata beliau faham antara masalah utama untuk memberi pemilikan tanah kepada Orang Asli ialah ada yang memiliki banyak tanah ataupun tanah yang diduduki sekarang ialah milik kerajaan negeri.




Selain itu, pemilikan tanah itu juga haruslah diberi bukan sahaja kepada mereka yang sudah berkeluarga malahan kepada mereka yang berusia dan belum berumahtangga.

Majid berpandangan bahawa tidak ada masalah kepada kerajaan untuk memenuhi hasrat Orang Asli kerana ia bukanlah satu kawasan yang baru sebaliknya telah lama diusahakan.

Mohon program ala-Felda

Majid berpendapat sekiranya kerajaan mahu membantu masyarakat Orang Asli dengan pemberian pemilikan tanah melalui RMK10, program "Ala Felda" sesuai dilaksanakan.

Menurut beliau, ianya akan membantu generasi baru Orang Asli menjadi lebih maju.

Malahan ini akan membantu mengurangkan beban masyarakat Orang Asli kerana mereka juga tidak terkecuali menghadapi masalah kewangan susulan kos sara hidup semakin tinggi walaupun tinggal di kawasan pedalaman.



Dulu Orang Asli boleh bergantung kepada hasil hutan dan masih boleh menyara hidup tetapi kini tidak seperti dulu di mana hasil hutan seperti binatang dan ikan telah berkurangan.

"Jadi mereka perlu beralih kepada sumber ekonomi baru, bila sebut sumber ekonomi baru maknanya mereka Orang Asli boleh mengusahakan tanah yang diberi oleh kerajaan ini," katanya lagi.

Sementara itu, Majid berkata beliau juga mahu agar kerajaan memberi peluang yang lebih banyak kepada Orang Asli dalam sektor kerajaan terutama dalam hal menguruskan Orang Asli di mana ia boleh memberi manafaat kepada mereka.

"Kami seboleh-bolehnya mahu agar anak dari suku kaum masyarakat Orang Asli dapat menguruskan kaum mereka sendiri agar senang kami berinteraksi selain ia dapat membantu kami.

"Oleh itu kami mohon agar kerajaan membantu kami dalam hal tersebut kerana pada masa sekarang terdapat juga antara kami yang layak memegang jawatan itu walaupun tak ramai," katanya lagi.

- Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

dari mana demer

visitor