LinkWithin

Pengikut

Jana Wang $$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$ Jana Wang

Ex4 to Mq4 services system Your Internet Cash Generator

Ahad, Julai 25, 2010

Lelaki maut ditetak di kepala dan belakang badan akibat dendam


SHAH ALAM - Seorang lelaki maut selepas ditetak pada bahagian kepala dan belakang badan di kawasan perumahan Pangsapuri Valencia, Taman Sri Muda di Seksyen 25 di sini, malam tadi dipercayai akibat dendam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Noor Azam Jamaluddin berkata, mangsa, Mohd Kasibal Julaini, 25, diserang sekumpulan 20 lelaki ketika sedang berehat dan bermain gitar di kawasan lapang di tingkat bawah perumahannya kira-kira pukul 9.30 malam bersama lima rakannya.

Beliau berkata, mangsa dan seorang rakannya diserang oleh kumpulan lelaki yang bersenjatakan parang manakala empat lagi rakan mangsa berjaya melarikan diri.

"Kumpulan berkenaan bertindak ganas dengan menetak mangsa bertubi-tubi sebelum melarikan diri dengan menaiki motosikal," katanya kepada pemberita, hari ini.

Beliau berkata, rakan mangsa yang cedera parah sedang dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang.

Noor Azam berkata, polis sedang giat menjejaki kumpulan lelaki berkenaan dan tidak menolak motif serangan itu disebabkan dendam.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan mereka yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta tampil di balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

dari mana demer

visitor