LinkWithin

Pengikut

Jana Wang $$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$ Jana Wang

Ex4 to Mq4 services system Your Internet Cash Generator

Isnin, Julai 05, 2010

Melayu berpecah?? Gila lu...


Muhyiddin tuding jari kepada Anwar... kononnya Anwar yang menyebabkan Melayu berpecah?? Eh.... meroyan ke mamat ni?? Melayu berpecah? Melayu mana pulak yang berpecah?

Setahu aku, Melayu tak berpecah tapi Melayu dah mula bersatu, samada di dalam PAS atau pun PKR. Melayu ini ialah Melayu yang dah sedar. Melayu.... yang dah tahu akan pekung UMNO dan menjauhi UMNO atau dengan sendirinya angkat kaki meninggalkan UMNO untuk menyertai dan bersatu dengan Melayu PAS dan Melayu PKR.

So.... you see, yang berpecah ialah Melayu UMNO. Terimalah hakikat bahawa tak semua Melayu berada dalam UMNO. Yang berada dalam UMNO ialah Melayu yang berotak tetapi tak berakai. Otak dah kontot kena bongsai... mana nak ada akai. Melayu yang inilah, yang berpecah dan sedang barai!!

Mungkin TPM 1Malaysia ini terkeliru kot?? Melayu secara umum tak berpecah. Mereka cuma tak bersatu jer.... Semua Melayu tak bersatu dalam UMNO.... sebab itu dia kata Melayu berpecah. Jadi.... pada dia, jika Melayu tak bersatu dalam UMNO tetapi pilih untuk berada dalam PAS atau PKR... maka Melayu berpecah ler!!

Well... inilah cara pemikiran Melayu yang otaknya telah dibongsaikan. Tak boleh pakai. Pakat-pakat buang.... tak rugi!!

Apabila kapal UMNO mula robek di sana dan di sini dan Melayu UMNO mula meninggalkan kapal UMNO, maka sebab itulah dia kata Melayu berpecah. Melayu UMNO yang berpecah.... lepas tu nak tuduh Anwar pulak penyebabnya.

ANWAR sebenarnya ialah PENYATU bukan PEMECAH. Dia cuba bawa satu corak politik baru. Politik yang MENYATUKAN Rakyat Malaysia.... bukan saja Melayu tetapi lain-lain kaum ke dalam satu gagasan baru yang lebih realistik dan lebih relevan dalam iklim masyarakat dan politik di Malaysia. Inilah namanya reformasi.

UMNO pulak, on the other hand.... dok pandai melaung dan terlolong mahu buat reformasi tetapi.... pi mai, pi mai, dok tang tu jugak. Sebab tu... UMNO semakin nak mati. Jadi... apabila ahlinya lari atau orang Melayu menjauhi UMNO..... dia kata Melayu berpecah.

Anwar memecahbelahkan orang Melayu?? Weh.... pigiraahh!!

Mampooosss UMNO!!

Ilham dari sini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

dari mana demer

visitor