LinkWithin

Pengikut

Jana Wang $$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$ Jana Wang

Ex4 to Mq4 services system Your Internet Cash Generator

Selasa, Julai 27, 2010

PAC temui bukti curi pasir di Balik Pulau

Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) Pulau Pinang menemui bukti bahawa kegiatan pencurian pasir berlaku di negeri itu dalam satu lawatan lapangan berkenaan hari ini.

Sebanyak lima kawah pasir, setiap satunya dianggarkan seluas padang bola sepak ditemui di lokasi tersebut, di Balik Pulau, yang didakwa berlakunya kegiatan kecurian pasir.

"Lawatan pertama hari ini mendapati ada sekurang-kurangnya lima lubang pelbagai saiz yang wujud kesan korekan pasir dan pagar di kawasan itu juga telah diceroboh.

innity_country = "MY"; innity_client = "17"; innity_zone = "761"; innity_channel = ""; innity_keyword = "";
"PAC akan meminta pihak yang berkaitan terutama Jabatan Ukur negeri menyiasat perkara berkenaan dan membentangkan (hasil siasatan) semasa inkuiri yang bermula 2 Ogos ini," kata pengerusi PAC, Jagdeep Singh Deo kepada pemberita selepas melawat kawasan terbabit.

Jagdeep berkata, PAC juga akan memanggil beberapa agensi kerajaan pada inkuiri untuk membantu mencari pihak yang bertanggungjawab dalam aktiviti mencuri pasir di kawasan itu.

Seorang wakil penduduk Mohamad Kaharudin Ihsan Abdul Rahman berkata, kawah berkenaan adalah hasil daripada kegiatan perlombongan itu yang didakwa berlaku sejak enam bulan lalu.

Bagaimanapun, tinjauan ke lokasi berkenaan di Kampung Kenanga hari ini tidak menemui sebarang tanda-tanda kegiatan perlombongan haram dan hanya kelihatan adalah beberapa ekor lembu yang sedang meragut.

Menurut Mohamad Kaharudin Ihsan yang juga tinggal di kawasan tersebut, aktiviti perlombongan biasanya dibuat sekitar jam 2 hingga 3 pagi, namun mereka tidak mengetahui siapa individu terlibat.

Aktiviti perlombongan itu berhenti selepas laluan masuk ke tanah milik kerajaan persekutuan seluas 34 hektar di Titi Teras itu ditutup, rentetan daripada satu laporan polis yang dibuat, kata pekerja hotel itu lagi.

Mohamad Kaharudin Ihsan hadir ke kawasan berkenaan untuk menemani Jagdeep Singh, yang juga ADUN Dato Keramat, yang melawat tapak tersebut pada jam 10 pagi ini.

Wakil rakyat dan anggota PAC lain yang turut menyertai tinjauan hari ini termasuk Sim Tze Sin, Koay Teng Hai dan Syed Ameruddin Syed Ahmad.

Kawasan berkenaan dahulunya adalah milik hartawan Loh Boon Siew.


Minggu lalu, laporan akhbar mendedahkan tapak politeknik di Kampung Kenanga itu, diceroboh pencuri pasir.

Menurut laporan itu, setiap malam berpuluh-puluh lori keluar masuk ke kawasan itu mengambil pasir untuk dihantar ke lokasi yang tidak dipastikan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

dari mana demer

visitor