LinkWithin

Pengikut

Jana Wang $$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$ Jana Wang

Ex4 to Mq4 services system Your Internet Cash Generator

Selasa, Julai 20, 2010

Pakatan Rakyat Guna Formula 3 + 1 Tawan Sarawak

Oleh Faizal Ezzany

SHAH ALAM 20 Julai - Majlis Pakatan Rakyat Sarawak yang baru ditubuhkan akan mengguna pakai formula 3 + 1 dan satu lawan satu dalam strategi menawan negeri yang dianggap simpanan tetap Barisan Nasional pilihan raya negeri kelak.

Ahli Dewan Undangan Negeri Padungan, Dominique Ng Kim Ho ketika dihubungi Suara Keadilan menjelaskan penubuhan Majlis Pakatan Rakyat Sarawak merupakan satu langkah yang amat penting kepada Pakatan Rakyat Sarawak dalam menghadapi pilihan raya negeri nanti.

Formula 3 + 1 merangkumi KEADILAN, PAS, DAP dan Parti Nasional Sarawak (SNAP).

"Penubuhan Majlis Pakatan Rakyat Sarawak (MPRS) amat bertepatan dengan politik sekarang dan ia merupakan satu langkah dalam memperkemaskan jentera dalam menghadapi pilihan raya negeri yang akan datang.

"Selain persediaan menghadapi pilihan raya negeri ia juga dapat memperkukuhkan hubungan antara parti kompenen di dalam Pakatan Rakyat Sarawak, dan kita tahu keadaan di Sarawak dengan Semenanjung berbeza kerana di Sarawak kita mempunyai empat parti komponen selain KEADILAN, PAS dan DAP kita mempunyai satu lagi parti iaitu Parti Nasional Sarawak.

"Kita menggunakan formula 3 + 1 dalam menghadapi BN serta memastikan Sarawak menjadi milik kita pada pilihan raya nanti, kita mahukan formula itu nanti dapat menembus kubu kuat BN. Pilihan raya negeri akan menjadi sengit jika dibandingkan dengan sebelumnya kerana sebelum ini tidak ada kesepakatan sebegini dan sekarang dengan wujudnya Majlis Pakatan Rakyat Sarawak kita akan pastikan pertembungan pilihan raya itu nanti dalam konsep satu lawan satu untuk kesemua 71 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).

"Saya yakin kita boleh tawan Sarawak nanti kerana telah terdapat beberapa perubahan berlaku di negeri Sarawak terutamanya SNAP yang sebelum ini kita lihat ia sebuah parti yang tidak kuat tetapi dengan gabungan yang berlaku ini menyebabkan beberapa cawangannya yang tidak aktif telah kembali aktif," jelasnya.

Tambah Dominique lagi, MPRS akan memastikan segala perbincangan dan pendekatan yang dilakukan akan digubal menjadi satu manisfesto umum kepada rakyat Sarawak nanti.

MPRS ditubuhkan setelah persetujuan dicapai pada mesyuarat pembentukan semalam yang dihadiri pemimpin kanan negeri daripada KEADILAN, PAS, DAP serta SNAP.

Ia ditubuhkan dengan hasrat untuk mewujudkan barisan bersatu menghadapi Barisan Nasional pada pilihan raya negeri yang dijangka diadakan sebelum Julai tahun depan.

Pengerusi DAP Sarawak Wong Ho Leng yang juga ketua pembangkang negeri berkata dengan pembentukan majlis ini, parti-parti pembangkang di negeri ini kini boleh bekerja ke arah mencapai objektif untuk membentuk kerajaan negeri akan datang dengan memperoleh sekurang-kurangnya 36 daripada 71 kerusi negeri.

Walau bagaimana pun jika Pakatan Rakyat Sarawak gagal untuk mengambil alih Sarawak mereka akan pastikan majoriti dua pertiga BN akan dinafikan.

Wong yang juga anggota Parlimen Sibu dan Anggota Dewan Undangan Negeri Bukit Assek berkata lima wakil dari setiap parti KEADILAN, DAP,PAS dan SNAP akan mempengerusikan mesyuarat MPRS secara bergilir-gilir.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

dari mana demer

visitor