LinkWithin

Pengikut

Jana Wang $$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$ Jana Wang

Ex4 to Mq4 services system Your Internet Cash Generator

Isnin, Julai 19, 2010

Perbicaraan liwat II Anwar ditunda 2 Ogos

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bersetuju menundakan perbicaraan kes liwat II yang membabitkan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada 2 Ogos ini.

Ia berikutan prermohonan daripada peguam tertuduh berikutan peguam utama Anwar, - Karpah Singh diberi cuti sakit 15 hari akibat jangkitan paru-paru.


Karpal, 70, yang juga ahli parlimen Bukit Gelugor kini sedang berehat selepas dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya pada 9 Julai lalu.

Hakim, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah berkata mahkamah membenarkan permohonan yang dikemukakan oleh peguam Param Cumaraswamy.

"Ia berdasarkan jaminan dari Param bahawa kes itu akan diteruskan tanpa mengira sama ada Karpal akan hadir kemudian hari nanti,” katanya.

“Seorang daripada peguamnya mesti meneruskan jika diperlukan nanti.”

Peguam cara negara II, Mohd Yusof Zainal Abiden tidak membuat bantahan.

Anwar, 63 didakwa meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan itu di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, Kuala Lumpur, antara 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Jika sabit kesalahan, Anwar boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan disebat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

dari mana demer

visitor