LinkWithin

Pengikut

Jana Wang $$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$ Jana Wang

Ex4 to Mq4 services system Your Internet Cash Generator

Rabu, Julai 14, 2010

Remaja perempuan 22 tahun dipercayai jadi keldai dadah di China

KUALA LUMPUR: Seorang remaja perempuan tempatan dikhuatiri menjadi mangsa sindiket keldai dadah atau telah dijual ke negara asing selepas dilaporkan hilang sejak Mei lalu.

Kejadian berlaku selepas Christina Anak Luke Niju, 22, dari Sandakan, Sabah yang mengikuti pengajian Diploma Perniagaan di sebuah politeknik di Kuching, Sarawak, mengenali seorang lelaki Afrika yang dikenali sebagai James melalui sebuah laman sosial pada awal tahun ini.


Menurut bapanya, Luke Niju Anak Panjang, anak sulung daripada dua beradik itu kemudian ke Kuala Lumpur untuk menemui James, yang dipercayai pelajar kolej swasta di Subang pada 24 April.


"Menurut rakan sebiliknya, Christina, memberitahu beliau akan ke China pada 29 April untuk mengikuti James bagi menjalankan perniagaan bersama-sama.


"Selepas itu tiada khabar daripadanya sehinggalah pada 10 Mei lalu apabila beliau menghubungi rakan sebiliknya melalui e-mail dan memberitahu bahawa dia dalam masalah dan tidak mempunyai wang untuk pulang," katanya ketika ditemui di Biro Pengaduan Awam MCA di sini, hari ini.


Luke Niju, 58, berkata Christina turut memaklumkan bahawa James sudah meninggalkannya di China selepas menerima sejumlah wang dari seorang individu.


"Kami membuat laporan polis di Sandakan pada 6 Mei lepas selepas usaha menjejakinya melalui e-mel dan sistem pesanan ringkas gagal," katanya yang kemudian menghubungi Biro Pengaduan Awam MCA untuk meminta bantuan lanjut.


Sementara itu, Ketua Biro Pengaduan Awam MCA Datuk Michael Chong berkata, beliau kesal dengan kegagalan pihak berkuasa tempatan untuk bertindak pantas menyelamatkan mangsa atau cuba mendapatkan sebarang maklumat lanjut mengenai kehilangan mangsa.


Beliau berkata, pihaknya akan cuba mendapatkan bantuan dan maklumat dari Interpol untuk mengesan lokasi mangsa dan seterusnya membawa mangsa pulang ke tahah air.-Bernama

dari mana demer

visitor