LinkWithin

Pengikut

Jana Wang $$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$ Jana Wang

Ex4 to Mq4 services system Your Internet Cash Generator

Isnin, Ogos 02, 2010

Kenyataan bukan wakili suara PR: Pemuda Pas


SHAH ALAM – Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua diingatkan tidak mendahului Majlis Mesyuarat Pakatan Rakyat (PR) ketika membuat cadangan agar pemberian diskaun kepada Bumiputera dalam pemilikan hartanah komersial dan mewah di Selangor dimansuhkan.

Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hassan berkata, Tony Pua sepatutnya menjadikan Majlis Mesyuarat PR saluran untuk berbincang dan membuat keputusan, terutamanya isu berkaitan Bumiputera kerana boleh mencetuskan kontroversi.

“Kenyataan Tony Pua adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili suara PR, sama seperti kenyataan Karpal Singh sebelum ini berkaitan isu negara Islam.

“Bagi saya, isu ini tidak boleh tergesa-gesa kerana memerlukan kajian mendalam dengan mengambil kira soal hak, keadilan dan kepentingan,” katanya dipetik dalam laman blog beliau, semalam.

Menurutnya, isu tanah dan pemilikan rumah kediaman yang dihadapi masya- rakat boleh diselesaikan dengan menjadikan agama Islam sebagai rujukan.

“Sekiranya negara masih menerima pakai sistem kapitalis dan menolak sistem Islam, maka selama itulah negara akan terperangkap dalam kaedah yang sukar dan dilihat tidak adil kepada semua.

”Islam mempunyai hukum dan pendekatan tersendiri dalam menyelesaikan masalah pemilikan hartanah yang tidak menzalimi bangsa, agama dan keturunan seperti hukum Ihya’ al mawat (memberi hak kepada mereka yang menghidupkan tanah terbiar), iqta’ (memberi hak milik kepada yang tiada kediaman) dan garis panduan Hima (memiliki tanah secara kuasa),” katany

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

dari mana demer

visitor