LinkWithin

Pengikut

Jana Wang $$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$ Jana Wang

Ex4 to Mq4 services system Your Internet Cash Generator

Khamis, Ogos 05, 2010

Mahkamah Isytihar Kamalanathan Ahli Parlimen Hulu Selangor Yang Sah

KUALA LUMPUR 5 Ogos - Mahkamah Pilihan Raya hari ini menerima permohonan ahli parlimen Hulu Selangor, P Kamalanathan daripada Barisan Nasional bagi membatalkan petisyen yang difailkan oleh Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim.

Dalam penghakimannya, Hakim Datuk Azahar Mohamed menyatakan petisyen yang difailkan Zaid cacat kerana tidak mematuhi syarat mandatori.

Beliau kemudiannya mengisytiharkan calon BN itu sebagai ahli parlimen Hulu Selangor yang sah.

Pada 25 April lalu Zaid memfailkan petisyen beliau untuk membatalkan kemenangan Kamalanathan atas dakwaan pilihan raya kecil Hulu Selangor mempunyai unsur rasuah.

Kamanathan mengalahkan Zaid dengan majoriti 1,725 undi pada PRK 26 April tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

dari mana demer

visitor