LinkWithin

Pengikut

Jana Wang $$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$ Jana Wang

Ex4 to Mq4 services system Your Internet Cash Generator

Selasa, September 28, 2010

5 penjenayah seksual ditahan

JEDDAH: Tiga warga Chad ditahan kerana disyaki melakukan serangan seksual terhadap seorang gadis Arab di hadapan ibunya yang cacat penglihatan, semalam.
Dua lagi rakan mereka yang bersubahat turut diberkas dalam kejadian yang berlaku di kawasan Kilometer 6 di bandar Jeddah.

Menurut polis, kumpulan penyangak termasuk seorang yang bertugas mengawasi keadaan persekitaran itu diketuai seorang pemuda.

Mereka memecah masuk kediaman kerana mahu mencuri tetapi berubah fikiran pada saat-saat akhir apabila ternampak gadis Arab di kediaman itu. Mereka mula menyerang gadis itu walaupun ibu gadis berkenaan merayu supaya mereka tidak mengapa-ngapakan anaknya.Suspek keempat yang menyaksikan kejadian itu di lubang kunci pintu diberi rokok hasyis dan melarikan diri apabila mangsa menghubungi polis.

Anggota Jabatan Siasatan Jenayah memburu suspek selepas mangsa melaporkan kejadian dan memberi gambaran terperinci penyerangnya kepada pihak berkuasa. Ketua penyangak yang berjaya ditangkap menafikan pembabitannya sebelum mangsa kemudian mengenal pasti penyerangnya.

Penahanan suspek membawa kepada penahanan semua penjenayah.

Kumpulan itu juga pernah melakukan beberapa siri kegiatan samun dan melakukan serangan seksual terhadap seorang gadis warga Chad yang diugut akan dibunuh jika dia melaporkan kejadian kepada polis. Polis sedang menjejaki gadis Chad itu untuk mendapatkan keterangan lanjut. – Agens

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

dari mana demer

visitor