LinkWithin

Pengikut

Jana Wang $$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$ Jana Wang

Ex4 to Mq4 services system Your Internet Cash Generator

Sabtu, September 25, 2010

Guru Agama Merogol : Kenapa tak cakap UMNO?


Kucing makan tikus bukanlah berita. Musang makan ayam bukan berita yang melariskan akhbar. Ia berita tetapi tak boleh buat berita akhbar. Tak sensasi. Tak menarik orang untuk membaca dan membeli akhbar. Hah kalau tikus makan kucing.. itu baru berita.

Kalau mat rempit merogol… itu biasa. Kalau mat gian hisap dadah… hah tak payah buat liputanlah. Kalau Guru agama merogol… itu baru berita. Kalau Ustaz hisap dadah… hah itu baru ada chance masuk muka depan surat akhabar. Walaupun mungkin satu dalam seribu.

Berita pelaris akhbar satu hal. Agenda satu hal yang lain. Malaysia sebagai sebuah Negara Sekular telah menerapkan sekian lama usaha-usaha untuk memisahkan rakyat dan masyarakat daripada pegangan agama. Mahupun dari kalangan agamawan. Apatah lagi Pas sendiri membayangkan imei orang agama sebagai pendokong perjuangan Islam. Proses mencalarkan imej agamawan, tok guru, ustaz, tok imam, guru al-quran ini berterusan. Paling kurang sedikit sebanyak akan terpalitlah imej kepimpinan dan kepercayaan orang kepada agamawan. Termasuklah agamawan merupakan ramai kepimpinan Pas. Agar pengaruh mereka terhadap rakyat dan masyarakat terhakis.


Tetapi jika perkara buruk itu dilakukan oleh orang biasa, ahli politik bukan agamawan… imej yang cuba digambarkan bahawa ia normal dan biasa. Ianya bukan berita pun. Apatah lagi kalau ia merupakan ahli dan pendokong UMNO maupun pimpinan mereka nescaya ia disembunyikan lagi cuba ditutup kemas-kemas agar tidak terdedah tembelang buruk tersebut.

Banyak berita-berita buruk yang melibatkan agamawan disensasikan, kekadang pengetahuan agamanya taklah setara mana sangat. Kalau media, drama, filem… biasanya kalau berimejkan perempuan bertudung nescaya digambarkan akhirnya seorang yang jahat prilaku, dendam, khianat dsb. Kalau berjubah, berserban, menyimpan janggut, bercelak matanya… biasanya watak filem menggambarkan akhirnya seorang yang berpoligami buruk, ajaran sesat, jahat dan sebagainya… akhirnya gambaran imej yang cuba ditonjolkan adalah mereka golongan yang bertopengkan agama.

Belakang parang kalau diasah akhirnya tajam jua. Akhirnya kepercayaan kepada orang beragama terhakis. Ianya bukan perkara baru bahkan berlaku semenjak zaman nabi-nabi terdahulu lagi. Sampai kini. Bagi politik UMNO-BN agenda mereka adalah supaya rakyat juga akan tersemat didalam kepala golongan agamawan tidak boleh dipercayai. Pemimpin Pas bertopengkan agama. Itulah penghujung matlamat sebenar mereka. Apatah lagi bagi mereka yang memusuhi orang beragama. Golongan liberal, ahli sekular, apatah lagi kepala yang berfikiran Karl marx yang menganggap agama itu sebagai candu kepada masyarakat akan berusaha menimbulkan keraguan kepada masyarakat terhadap golongan agamawan. Tanpa menafikan tindakan jahat sebahagian mereka yang menjadi kerbau pembawa lumpur akhirnya terpali semua.

Contoh terdekat berita kelmarin.


Guru agama rogol budak 15 tahun dipenjara 10 tahun

KUALA TERENGGANU, 23 Sept Seorang warga emas yang juga guru mengaji al-Quran dihukum penjara 10 tahun selepas mengaku bersalah merogol anak muridnya 15 tahun lima tahun yang lalu. Shamsuddin Abdul Rahman, 62, berasal dari Kampung Pak Madah, Bukit Payong yang juga bekas pesara Risda mengaku bersalah merogol anak muridnya itu. Tertuduh yang mempunyai empat isteri dan 11 anak diwakili oleh peguam Mohd Asaari Salleh.

Kes didengar di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Che Muhamad Zulkifly Jusoh. Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun bermula hari ini selepas mengambil kira faktor usia dan pengakuan tertuduh serta insaf atas perbuatan. Mengikut kertas pertuduhan, pada 11 Jun 2005 lalu, murid berkenaan dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas menghadiri kelas mengaji al-Quran di sebuah surau. Tertuduh mengumpan mangsa dengan memberi RM10 sebelum membawa masuk mangsa ke dalam bilik kediamannya dan merogolnya.
Laporan polis dibuat oleh keluarga mangsa pada 23 Jun tahun yang sama, pukul 6 petang dan pihak perubatan mengesahkan terdapat kesan koyakan lama pada kemaluan mangsa. Tertuduh ditangkap di rumahnya di 387, Kampung Tanjung Mengkudu, Kampung Pak Madah, Bukit Payong Terengganu.

Ulasan akhbar Berita Harian pula dengan mendapat pandangan daripada tokoh agama terkenal.

'Guru al-Quran sekadar topeng'.
Pelaku jenayah seksual tak pegang teguh ajaran Islam: Hassan Din

KUALA LUMPUR. 25 Sept.2010: Individu yang membawa imej orang agama, termasuk guru al-Quran yang melakukan jenayah seksual terbukti tidak berpegang teguh kepada ajaran Islam, sebaliknya hanya menjadikan agama sebagai topeng demi kepentingan diri.
Mengulas kes seorang guru al-Quran di Terengganu yang merogol anak muridnya, tokoh agama yang juga penceramah dan pendakwah bebas, Datuk Abu Hassan Din al-Hafiz, berkata individu itu sepatutnya menjadi contoh terbaik kepada anak didik, bukan mengambil kesempatan untuk memuaskan nafsu serakah..

“Kes rogol membabitkan guru agama atau guru al-Quran memalukan institusi agama. Mereka sepatutnya memberi teladan terpuji kepada anak murid. Jenayah seksual yang dilakukan mencerminkan insan seperti itu tidak berpegang teguh kepada ajaran Islam,” katanya.

Bercakap ketika dihubungi Berita Harian, semalam, beliau berkata, dalam kes di Terengganu itu, nafsu serakah lelaki berkenaan terbukti tidak dapat dibendung akibat hasutan syaitan walaupun dia sudah berusia lebih separuh abad dan mempunyai empat isteri.

Sementara itu, penganalisis jenayah, Akhbar Satar, pesalah kes berkenaan harus dikenakan hukum maksimum oleh mahkamah kerana jenayah dilakukan mereka memberi kesan terlalu besar. iaitu memusnahkan masa depan dan menyebabkan trauma kepada mangsa.
Beliau percaya kebanyakan kes rogol di negara ini tidak dilaporkan kepada polis kerana mangsa adalah ‘secret survivor’ dan takut kepada pelaku yang tergolong daripada individu dikenali.



Penulis ditanya berkait isu ini. Orang Pas ke? Sebab biasanya bila disebut guru agama ni menyokong PAS. Apabila penulis bertanya kepada sahabat di Dun Bukit Payong sendiri diberitahu bahawa si pelaku adalah UMNO. Habis Kenapa tidak diberitahu si pelaku yang tergolong daripada individu dikenali itu adalah UMNO dalam akhbar dan media? Ia akan jadi berita sensasi dan pelaris akhbar. Ramai ahli PAS sendiri akan beli akhbar tersebut. Biar rakyat semua tahu bukan hanya pemimpin atas sahaja yang melakukan skandal seks ini tetapi sehingga ke peringkat kampong dan cawangan UMNO. Tetapi nanti masyarakat akan jawab... UMNO! biasa lah...

Kenapa tak dibuat tajuk:

Guru Agama UMNO menjadi perogol. Dipenjara 10 tahun.

Wartawan nak lapurkan si perogol tu UMNO? Hah!.. cari mampus. Nak kena pecat? Utusan sokong PERKASA tak sokong 1 Malaysia pun pemimpin UMNO terbelalak marah. Kalau salah lapur nescaya dipecat wartawan tersebut. Yelah takkan akhbar dan media berani mendedahkan semuanya. Pemimpin UMNO jadi macam durian. Menggolek pun timen luka, tergolek pun timun luka... kecuali kita jadikan UMNO tempoyak pada PRU-13 nanti. ust saifol

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

dari mana demer

visitor