LinkWithin

Pengikut

Jana Wang $$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$ Jana Wang

Ex4 to Mq4 services system Your Internet Cash Generator

Selasa, September 14, 2010

Kes Sosilawati : Suspek Dibawa Ke Pejabatnya, Polis Rampas 7 CPU Dan Dokumen















Gambar: SUSPEK dibawa ke lokasi senjata yang dibuang dalam kes pembunuhan Datuk Sosilawati dan tiga individu lain di Sungai Kanchong Laut, semalam. - Foto Abdullah Yusof




BANTING - Suspek utama Datuk Sosilawati dibawa ke pejabatnya, di pekan Banting, bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhannya.

Beliau yang dikawal ketat oleh sepasukan anggota polis tiba di pejabatnya kira-kira jam 10.50 pagi.

Bagaimanapun pihak polis dan suspek tidak dapat memasuki premis berkenaan berikutan kunci yang digunakan salah.

Pihak polis kemudiannya membawa suspek ke Ibu Pejabat Polis (IPPD) Kuala Langat dan tiba semula kira-kira jam 11.05 pagi.

Beberapa dokumen berserta dengan tujuh CPU telah dibawa bersama setelah pihak polis dan suspek, berada di pejabat berkenaan selama satu jam setengah.

Selain daripada pihak media, orang ramai turut berkumpul di kawasan berkenaan bagi mendapat perkembangan terkini mengenai kes itu.

Pihak polis yang berada ditempat kejadian enggan memberikan sebarang kenyataan.

Sementara itu, sepasukan unit forensik dilihat memasuki Ladang Gadong yang menjadi lokasi pembunuhan jutawan kosmetik dan tiga yang lain.

Unit Marin Polis Diraja Malaysia (PDRM) ditempatkan di Sungai Kanchong Laut, bagi mengesan sebahagian daripada bahan bukti serta barangan milik peribadi mangsa yang dipercayai dibuang kedalam sungai berkenaan. -SH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

dari mana demer

visitor