LinkWithin

Pengikut

Jana Wang $$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$ Jana Wang

Ex4 to Mq4 services system Your Internet Cash Generator

Selasa, September 21, 2010

Perompak bank CIMB Medan ditembak mati


GAMBAR fail menunjukkan sekumpulan perompak bersenjata keluar dari Bank CIMB Niaga di Medan pada 18 Ogos lalu.


JAKARTA - Pasukan polis khas antipengganas Indonesia, Densus 88 kelmarin berjaya menembak mati tiga perompak yang menyamun sebuah cawangan CIMB milik firma perbankan Malaysia di Medan, Sumatera Utara pada bulan lalu.

Jurucakap polis, Iskandar Hasan berkata, lima lagi suspek turut ditahan kira-kira pukul 6.30 pagi (7.30 pagi waktu Malaysia) yang dipercayai terlibat dalam rompakan melibatkan nilai 359 juta rupiah (RM124,060).

"Bagaimanapun, setakat ini kami belum lagi dapat memastikan sama ada semua suspek itu mempunyai kaitan dengan rangkaian kumpulan pengganas," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Beberapa buah motosikal dan senjata api termasuk selaras raifal separuh automatik dirampas dalam operasi di bandar Belawan dan Tanjung Balai di wilayah Sumatera Utara.

Pada 18 Ogos lalu, 16 lelaki yang lengkap bersenjata, memakai topi keledar dan menggunakan isyarat tangan untuk berkomunikasi telah menyerang bank tersebut.

Mereka turut membunuh seorang pegawai polis dan mencederakan dua pengawal keselamatan sekali gus menunjukkan kumpulan perompak itu memang terlatih sekali gus mencetuskan kebimbangan bahawa suspek-suspek merupakan anggota pengganas.

Penglibatan skuad antipengganas pada serbuan itu turut memberi petunjuk bahawa pihak polis menjangkakan kes rompakan tersebut didalangi kumpulan pelampau yang mencari dana bagi membiayai aktiviti mereka.

Aktiviti rompakan menjadi sumber dana militan Islam sejak sekian lama dan pihak polis sebelum ini mendakwa, banyak rompakan bersenjata mempunyai hubungan dengan bekas pemberontak atau kumpulan pengganas. - AFP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

dari mana demer

visitor