LinkWithin

Pengikut

Jana Wang $$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$ Jana Wang

Ex4 to Mq4 services system Your Internet Cash Generator

Rabu, Oktober 20, 2010

Borang Laris - PRK Galas

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) setakat ini telah menjual 13 borang pencalonan termasuk masing-masing satu kepada Umno dan PAS manakala selebihnya individu lain bagi bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas 4 Nov ini.

Timbalan Pengerusinya Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata borang itu dijual kepada sesiapa sahaja yang ingin bertanding dan menyerahkan borang pencalonan masing-masing pada hari penamaan calon yang ditetapkan pada 26 Oktober ini.

Beliau juga mengesahkan 11,553 pengundi yang layak untuk mengundi pada pilihan raya kecil itu termasuk Melayu 7,125 orang atau 61.7 peratus, Cina 2,317 atau 20.06 peratus, India 185, Bumiputra Siam 10 orang dan lain-lain kaum 1,889 orang.

Bercakap kepada pemberita selepas memberi taklimat kepada media di Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang, di sini, hari ini, beliau berkata, empat peti undi melibatkan empat Pos Orang Asli termasuk Pos Balar membabitkan 232 pengundi, Balatin 163, Bihai 278 dan Pos Hau 254 pengundi.

"Empat peti undi di kawasan Orang Asli itu akan ditutup pukul 1 petang berikutan pengundi tidak ramai dan jauh yang memerlukan masa untuk menghantar ke pusat perjumlahan undi," katanya. "Faktor cuaca juga diambil kira kerana bimbang hujan sebelah petang boleh menjejaskan usaha itu tetapi kita harapkan ia berjalan lancar tanpa ada halangan itu," kata beliau.

Wan Ahmad turut memberitahu bahawa pihaknya akan mengadakan perjumpaan dengan Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi bagi membincangkan mengenai keselamatan pada pilihan raya kecil itu di Putrajaya.

"Perbincangan itu penting bagi memastikan keselamatan pada pilihan raya kecil DUN Galas berjalan dengan baik dan mengambil kira perkara yang pernah berlaku pada pilihan raya kecil Manek Urai, Julai tahun lepas," kata beliau. Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya daripada PAS Chek Hashim Sulaima, 46 kerana barah usus pada 27 Sept lepas.

BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

dari mana demer

visitor