LinkWithin

Pengikut

Jana Wang $$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$ Jana Wang

Ex4 to Mq4 services system Your Internet Cash Generator

Selasa, Oktober 26, 2010

Galas - Ku Li 'Ditikam' Atau 'Menikam'

Ku Li tak bersama pemimpin BN di pusat penamaan calon

Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) Tengku Razaleigh Hamzah hari ini tidak hadir di pusat penamaan calon pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas di Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang di sini.

Tengku Razaleigh yang juga Ahli Parlimen Gua Musang dilihat tidak bersama pemimpin-pemimpin BN yang lain memasuki ke pusat penamaan calon pagi.

The Malaysian Insider difahamkan Tengku Razaleigh bersama dengan penyokong-penyokong BN di luar kawasan pusat penamaan calon.

Menurut Timbalan Pengarah Pilihan Raya Datuk Seri Mustapha Mohamad, Tengku Razaleigh yang mesra dengan panggilan “Ku Li” hadir tetapi bersama penyokong di luar.

“Ku Li ada, beliau bersama rakyat di luar.

“Beliau tidak mahu naik, bagi beliau yang lebih penting adalah pengundi. Jadi beliau mahu bersama pengundi,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Sementara itu Ketua Pemuda BN Khairy Jamaluddin berkata Ku Li ada bersamanya di luar ketika calon dan pemimpin memasuki pusat penamaan calon tapi sudah pulang.

“Beliau ada bersama saya pagi tadi, tapi sekarang sudah balik,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

dari mana demer

visitor