LinkWithin

Pengikut

Jana Wang $$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$ Jana Wang

Ex4 to Mq4 services system Your Internet Cash Generator

Selasa, Oktober 05, 2010

Gambar siapa disisi Tun Mahathir di Hospital Australia?

Bekas Perdana Menteri itu, Tun Dr. Mahathir dimasukkan ke hospital Epworth Melbourne, Australia selepas mengadu sakit dada, 2 Okt. lalu dan kini dilaporkan semakin pulih. Ketika dirakamkan di wad pada 11 pagi 4 Okt. Kelihatan beliau telah semakin sihat tetapi siapa disisi beliau?

Sekali imbas tengok macam Phua Chu Kang disisi, artis komedi terkenal TV Singapura. Dengan rambut palsunya bersama tahi lalat gergasi dipipi dan memakai but getah kuning. Rupa-rupanya yang ceria di sisi beliau adalah, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali. Nampak lebih muda dan sihat disamping suaminya tersayang. Rambut masih lagi tak beruban berbanding suaminya, Dr Mahathir meskipun usianya telah mencecah 84 tahun (12 Julai 1926). Nak kata seksi lagi tak munasabahlah…


Lihatlah kakaknya (Datin Zaliha Mohd Ali)… tak beruban jugak. Apa agaknya hikmah dan petua yang diamalkan. Adakah ini nikmat dan kelebihan yang diberikan buat keluarga Siti Hasmah. Kelihatan muda dan panjang umur. Ingat ketika kisah nabi Musa a.s menemui yang menemui Firaun dah pernah menawarkan mukjizat untuk didoakan agar Firaun sentiasa muda jika ia beriman. Peringkat awal ia ingin beriman tetapi menterinya Haman mencadangkan diwarnakan rambutnya hitam untuk kelihatan muda. Sebab itu dilarang mewarnakan rambut dengan pewarna tetapi dibolehkan dengan menginainya.

Hari ni pun banyak pewarna rambut yang sudahlah diragui bahan buatannya tetapi ia juga menegah telapnya air pada rambut yang jika seseorang itu mandi junub ia menjadi tidak sah. Samalah seperti cat kuku yang menjadi penghalang daripada sahnya wudhu’ maupun mandi junub. Tetapi bagi seseorang yang tak pernah sembahyang maupun mandi junub, apa sangat dikisahkannya.

Cuma kalaulah dengan usia sedemikian beliau memakai pakaian seperti beliau kembali ke Malaysia dari Mekah tahun 1991 itu…. Alangkah lebih manis dan lebih baik dari segi syarak. Apapun ia bergantung dengan kepercayaan dan keimanan seseorang.


Kenapa Mahathir ke Australia? Memang ada forum. Tetapi dalam masa yang sama meninjau tempat yang sesuai. Yelahh! Beliau pernah menyebut untuk berhijrah meninggalkan Malaysia jika PR menang. Biarlah Anwar memerintah menjadi PM. Dia nak lari keluar. Apapun diharap dapat pulang ke Malaysia selepas sembuh nanti. Pilihanraya lambat lagi dan PR belum memerintah. Nampaknya Ibrahim Ali dan PERKASA masih memerlukan beliau.

Mahathir juga akhir-akhir ini dikatakan semakin mula mengkritik pentadbiran Najib. Apatah lagi kini ada orang lain menggantikan Khairy di tingkat 4 semasa pemerintahan Abdullah Badawi dahulu yang menyebabkan beliau lantang mengkritik. Kalau dahulu dikatakan budak tingkat 4 yang banyak mencantas kepentingan dan projek anak-anak Mahathir serta kroninya. Kini siapa yang cantas tanah di Sg Besi? Siapa yang cantas projek rel keratapi?

Najib pun dah mula bukak taringnya. Mungkin didesak oleh penghuni tingkat 4 agar Najib mempertahankan dirinya. Najib pulak dah labelkan Tun Mahathir dan Anwar Ibrahim sebagai gajah ang ketika itu berperang yang mengakibatkan beliau luka ditengah-tengah. Rakyat tidak mengundi beliau bukan kerana rakyat benci dirinya tetapi akibat kebencian rakyat kepada Mahathir menyebabkan beliau juga hampir kalah di Pekan, Pahang pada tahun 1999. hah! mungkin terkejut dikatakan gajah kot! Mahathir dah sesak nafas.. terus masuk hospital.

Ish siapa yang duduk di tingkat 4 sekarang dan makin berkuasa? Kalau ini berterusan nescaya sesak nafas Mahathir akan datang lagi. Harap Tun Siti Hasmah sentiasa berjaga-jaga disisinya.

2 ulasan:

  1. ini cerita semasa mahathir jadi pm..pada suatu hari,mahathir telah menalipon sri perdana rumahnya, yang angkat talipon ialah guard yang dok jaga sri perdana..Mahathir tanya,ada sesiapa dirumah?guard tu kata, ada tapi dia tak kenai sebab orang tu kepala botak... moral cerita ini ialah macam mana nak ada uban,dia pakai wig..kah..kah..kah..

    BalasPadam
  2. kah kah kah..

    BalasPadam

dari mana demer

visitor