LinkWithin

Pengikut

Jana Wang $$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$ Jana Wang

Ex4 to Mq4 services system Your Internet Cash Generator

Khamis, Oktober 28, 2010

Jeyakumar Saman Kerajaan BN



KUALA LUMPUR, 28 Okt - Parti Sosialis Malaysia (PSM) akan melaksanakan saman secara berkumpulan (Class Action Suit) terhadap Kerajaan Persekutuan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur esok.

Tindakan saman itu dibuat berikutan kegagalan kerajaan persekutuan Barisan Nasional menyalurkan peruntukan tahunan berjumlah RM1 juta kepada setiap 74 ahli parlimen pembangkang sejak tiga tahun lalu.

Ahli Parlimen PSM Sungai Siput, Dr D Jeyakumar berkata, beliau masih belum menerima peruntukan terbabit sejak memenangi pilihanraya kawasan parlimen Sungai Siput menewaskan presiden MIC Datuk Seri Samy Vellu 2008 lalu.

Dalam saman yang dikemukakan esok, Jeyakumar mahu Mahkamah Tinggi membuat penghakiman bahawa kerajaan persekutuan Barisan Nasional mesti bertanggungjawab terhadap penyaluran peruntukan tahunan ahli parlimen kerana ia membabitkan wang rakyat.

Beliau juga akan meminta mahkamah menggunakan Artikel 8 (1) Perlembagaan Persekutuan dalam samannya yang menyebut setiap individu adalah saksama mengikut undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang saksama sekaligus peruntukan terbabit tidak sepatutnya hanya diberikan kepada ahli parlimen BN sahaja.

Menurutnya lagi, peruntukan untuk ahli parlimen adalah bagi membolehkan mereka berkhidmat kepada rakyat di kawasan parlimen yang diwakili.

Terdapat 222 kerusi parlimen di Parlimen dimana BN memegang 140 kerusi dan ahli Pakatan Rakyat 74 kerusi manakala lapan lagi dipegang oleh ahlli parlimen bebas.

Jeyakumar mendakwa, semua ahli parlimen Pakatan Rakyat menghadapi masalah kewangan memberikan perkhidmatan di kawasan parlimen masing-masing berbeza dengan ahli parlimen BN yang diberikan peruntukan terbabit.

Beliau seterusnya menyelar BN kerana menggunakan langkah menafikan hak ahli parlimen pembangkang mendapat peruntukan sehingga mereka menghadapi kesulitan untuk berkhidmat kepadda rakyat di kawasan parlimen masing-masing sebagai alat untuk mencemarkan imej ahli parlimen Pakatan Rakyat.

"Majoriti pengundi di kawasan parlimen pembangkang tidak menyedari bahawa perutukan kewangan bagi kawasan parlimmen mereka disekat," katanya lagi.

Menurutnya lagi, beliau telah berusaha untuk mencari penyelesaiian masalah ini sejak tiga tahun lalu dengan usaha mendapatkan jawapan dari Jabatan Perdana Menteri dan Jabatan Kemajuan Negeri Perak yang bertanggungjawab menyalurkan peruntukan kepada ahli parlimen tetapi sehinngga kini masih gagal.-tvs

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

dari mana demer

visitor