LinkWithin

Pengikut

Jana Wang $$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$ Jana Wang

Ex4 to Mq4 services system Your Internet Cash Generator

Ahad, Oktober 03, 2010

Pemuda Pulau Pinang demo di lapangan terbang

October 03, 2010

GEORGE TOWN, 3 Okt — Kepulangan Ketua Menteri Lim Guan Eng dari Australia di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas malam tadi disambut dengan tunjuk perasaan oleh kira-kira 100 orang belia, sebagai membantah pemberian wang ihsan kepada warga emas di negeri itu yang dikatakan dari hasil judi.

Kumpulan berkenaan menggelarkan diri mereka sebagai Pemuda Pulau Pinang.

Mereka membawa kain rentang dan poster sambil melaungkan “Guan Eng Penipu”.

Sebelum ini dilaporkan para penerima wang bantuan tersebut telah bertindak memulangkan semula wang berkenaan.

Lim difahamkan membuat lawatan kerja ke Adelaide, Australia bermula 27 September lalu dan pulang ke Pulau Pinang menerusi Lapangan Terbang Changi, Singapura. — Bernama

1 ulasan:

  1. Demo pasai duit judi ke... atau demo 'apasal warga emas je dapat... kami yang belia pun nak juga'.

    Cuba kalau depa yang dapat, rasa-rasa 'genggam tak lepas'.

    BalasPadam

dari mana demer

visitor