LinkWithin

Pengikut

Jana Wang $$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$ Jana Wang

Ex4 to Mq4 services system Your Internet Cash Generator

Isnin, Oktober 11, 2010

Pengerusi SPR: Pilihan raya serentak Galas, Batu Api tidak mungkin

October 11, 2010

KUALA LUMPUR, 11 Okt — Pilihan raya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas kemungkinan tidak akan diadakan serentak dengan bahagian Parlimen Batu Sapi yang kosong ekoran kematian wakil rakyatnya kelmarin.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, beliau tidak fikir pilihan raya kecil bagi kerusi Batu Sapi, Sabah akan diadakan serentak dengan kerusi DUN Galas yang telah pun ditetapkan 4 November ini.

“Secara peribadi saya berpendapat bahawa tidak mungkin kedua-duanya akan diadakan sekali pada hari yang sama... ini pandangan peribadi saya,” kata beliau kepada The Malaysian Insider ketika dihubungi.

Aziz bagaimanapun pun memberitahu, perkara itu perlu dibincangkan dalam mesyuarat panel dengan mengambil kira kemungkinan ada pandangan lain.

“Ini pandangan saya di peringkat awal buat masa sekarang, saya kena berbincang dengan ahli panel SPR, mungkin mereka ada pandangan lain,” kata beliau.

SPR dijangka menerima notis kekosongan hari ini apabila Dewan Rakyat mula bersidang semula.

Kerusi Parlimen Batu Sapi menjadi kosong Sabtu lalu ekoran kematian penyandang penggal kedua Datuk Ir Edmund Chong Ket Wah.

Edmund, 54, yang juga Bendahari Agung Parti Bersatu Sabah (PBS), meninggal dunia dalam satu kemalangan di Jalan Coastal, Tanjung Aru kira-kira pukul 11.40 pagi apabila motosikal yang beliau tunggang bertembung dengan sebuah kereta Mercedes.

Ia adalah kekosongan kedua dalam dua minggu ini.

Rabu lalu, SPR menetapkan pilihan raya kecil bagi kerusi DUN Galas di Kelantan ekoran kematian wakilnya Che Hashim Sulaima dari PAS kerana kansur usus.

SPR pernah mengadakan tiga pilihan raya kecil serentak meskipun kekosongan wujud dalam waktu berbeza awal tahun lalu.

Pilihan raya kecil kerusi Parlimen Bukit Gantang di Perak, DUN Bukit Selambau, Kedah dan DUN Batang Ai di Sarawak serentak pada 7 April 2009.

Tarikh bagi pilihan raya Bukit Gantang dan Bukit Selambau ditentukan pada mesyuarat yang sama manakala Batang Ai kira-kira dua minggu kemudian.

SPR menetapkan tarikh yang sama dengan mengambil kira aspek bahawa ia berupaya untuk mengadakan ketiga-tiga pilihan raya serentak. Selain itu, keputusan tersebut juga mengambil kira soal keselamatan dan ketenteraman awam serta perkembangan politik negara semasa, kata suruhanjaya itu.

Bukit Gantang dan Bukit Selambau dipertahankan oleh calon Pakatan Rakyat manakala Batang Ai pula Barisan Nasional (BN).

Mengulas lanjut, Aziz berkata, kedua-dua pilihan raya kecil Galas dan Batu Sapi tidak mungkin diadakan serentak seperti awal tahun lalu disebabkan lokasi kedua-dua kerusi berkenaan.

“Galas di Kelantan, dan Batu Sapi di Sabah, agak jauh... kami kena berhati-hati dalam memilih tarikh yang sesuai, tetapi saya secara peribadi merasakan tidak mungkin diadakan serentak,” katanya lagi.

SPR mempunyai masa sehingga 19 Oktober iaitu tempoh 10 hari dari tarikh kekosongan diisytiharkan untuk mengadakan pilihan raya kecil di Batu Sapi.

“Dan, kita ada masa sehingga 8 Disember untuk mengadakan pilihan raya kecil, ada banyak tarikh untuk, jadi kita kena meneliti,” katanya lagi.

Kerusi Batu Sapi terletak di bahagian timur Sabah dengan pengundinya sekitar 26,000 orang. Ia diapit oleh kerusi Parlimen Libaran dan Sandakan.

Ia merupakan kerusi baru yang diwujudkan ekoran urusan persempadanan bahagian pilihan raya dan dipertandingkan kali pertama pada 2004.

Kerusi Batu Sapi dimenangi tanpa dicabar oleh Chong pada 2004 dan berjaya dipertahankan dua tahun lalu dengan menewaskan calon Bebas Chung Kwong Win menerusi kelebihan 3,708 undi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

dari mana demer

visitor