LinkWithin

Pengikut

Jana Wang $$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$ Jana Wang

Ex4 to Mq4 services system Your Internet Cash Generator

Selasa, Oktober 05, 2010

Polis Ambil Keterangan Ahli Parlimen Kapar

KLANG: Polis hari ini mengambil keterangan Anggota Parlimen Kapar S. Manikavasagam bagi membantu siasatan mengenai kehilangan ahli perniagaan, S. Anpalagan, sejak Ogos tahun lepas.

Seorang anggota polis berpangkat inspektor dari Balai Polis Bukit Sentosa, Rawang, dilihat memasuki pejabat Anggota Parlimen itu di Kapar di sini pada 12.45 tengah hari tadi dan beredar 45 minit kemudian.

Manikavasagam ketika ditemui pemberita berkata beliau memberikan kerjasama dan keterangan kepada polis.

"Polis hanya ingin mengetahui kaitan antara Anpalagan dan seorang peguam yang merupakan suspek utama kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya," katanya.

Manikavasagam sebelum ini dilaporkan berkata bahawa Anpalagan, 43, yang dibesarkan di Teluk Bunut, Banting, dikatakan mempunyai hubungan rapat dengan seorang peguam yang merupakan suspek utama kes pembunuhan Sosilawati dan tiga yang lain.

Isteri Anpalagan, S.Jayanthy, 34, telah membuat laporan di Balai Polis Bukit Sentosa pada 4 Ogos 2009 selepas suaminya tidak pulang ke rumah setelah menemui seorang rakannya di Bukit Sentosa pada hari sebelumnya. - BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

dari mana demer

visitor