LinkWithin

Pengikut

Jana Wang $$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$ Jana Wang

Ex4 to Mq4 services system Your Internet Cash Generator

Selasa, Oktober 05, 2010

Politik Busuk Perkasa

Naib Presiden PKR Musttaffa Kamil Ayub mempersoalkan 'sokongan' Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) terhadapnya yang dicurigai sebagai percubaan melaga-lagakan pemimpin parti itu.

"Sekiranya beliau mahu melihat saya bersengketa dengan saudara Azmin (Ali) dan saudara Zaid (Ibrahim), saya nak tegaskan bahawa seluruh pemimpin PKR matang dalam menangani politik busuk PERKASA-Umno ini," katanya.

Menurut Mustafa (kiri), PKR sebagai parti berbilang kaum tidak akan berkompromi dengan sikap 'perkauman' NGO Melayu itu.

Tolak anasir ekstrim

"Sesungguhnya PKR adalah parti untuk semua bangsa. Ayuh kita tolak anasir ekstrim PERKASA dan Umno ini," kata Mustaffa yang bertanding merebut jawatan timbalan presiden PKR.

Semalam, Ketua Wira PERKASA, Arman Azha Abu Hanifah meminta semua ahlinya yang menganggotai PKR menolak Azmin sebagai timbalan presiden PKR, sebaliknya mengalihkan sokongan mereka kepada Mustaffa.

Ini kerana, menurut Arman Azha (kanan), Azmin sebagai naib presiden parti itu sekarang didakwa tidak berpendirian dan hanya bertindak sebagai "budak kopi" kepada Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Saya harap semua anggota PKR memilih Mustaffa Kamil Ayub sebagai timbalan presiden. Beliau daripada ABIM (Angkatan Beliau Islam Malaysia), (beliau) ada agenda Islam," kata Arman Azha.

Beliau juga mendakwa, sebanyak 35 peratus NGO Melayu dengan keanggotaan 300,000 orang itu turut merupakan anggota PKR.

Dalam persaingan merebut jawatan nombor dua parti itu, Mustafa merupakan salah seorang yang menawarkan diri bertanding, di samping Azmin dan Penyelaras Pakatan Datuk Zaid Ibrahim.

Bercakap dalam sidang media di Petaling Jaya hari ini, Mustaffa bagaimanapun berkata, jika sokongan yang diberikan PERKASA itu ikhlas, beliau mengucapkan terima kasih.

"Saya nak tanya, adakah ikhlas. Kalau ikhlas saya ucap terima kasih," katanya sambil menegaskan perkara itu tidak bermakna beliau menyokong NGO Melayu itu.

Katanya, walaupun menyokong membahaskan perkara berkaitan Islam dalam ruang lingkup perlembagaan, tetapi pendekatan chauvinis dan esktrim seperti PERKASA hendaklah ditolak.

Sokong bawa rebah

Ditanya tentang kepentingan sokongan itu kepadanya, Mustaffa berkata ia menarik minat ahli parti dan media.

"Tetapi saya kena pastikan supaya tak dilihat sokong membawa rebah," katanya.

Berhubung dakwaan PERKASA bahawa 35 peratus anggota NGO itu juga merupakan anggota PKR, Mustaffa berkata "tak ada angka sedemikian".

Sementara itu, mengulas kenyataan Azmin terhadap bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir yang dibidas pelbagai pihak, Mustaffa berkata seluruh ahli PKR berkongsi pandangan dengan bekas setiausaha sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim itu.

"Apakah tidak boleh mana-mana pemimpin PKR mengkritik Tun? Kalau Tun seorang negarawan, beliau tidak akan aniaya rakyat dan fitnah bekas timbalan perdana menteri. Mengapa perlu bengis apabila Tun dikritik pada penghujung usianya?" soalnya kembali.

1 ulasan:

  1. saudara Mustaffa!
    Ibrahim ali mencipta Perkasa ada tujuan dan niat buruk dan berkepentingan diri, bukan untuk menjaga hak2 Orang Melayu, Perkasa majoriti ahli adalah UMNO, jadi Perkasa sama saja dengan Umno, Perkasa menjaga hak2 orang Melayu Umno.
    Ibrahim katak ini nak menjadi karier politik dirinya, beliau tahu akan tumbang dalam GE13, Perkasa sebenarnya tidak ada hala tuju yang bermenafaat langsung kepada sesiapa, malah mengundang bala kepada Malaysia.
    Catur mainan Perkasa jelas kelihatan. Ketua Perkasa bersubahat dengan Umno, Orang bawahnya gunakan PKR.
    WAHAI AHLI2 PKR JANGAN PERCAYA KATA2 PERKASA, PERKASA INI MACAM ULAT - MAGGOT -. KALAU UMNO MENANG GE 13, SEMUA MENYEBELAHI UMNO, BILA PR MENANG GE 13 PERKASA MENYOKONG PR. PERKASA INI MASIH KEHIJAUAN DALAM HAL POLITIK DAN MAINAN POLITIK.
    UNTUK MENGUJUDKAN BANGSA MALAYSIA - SEBAGAIMANA HASRAT TDM, PM MAKA SEMUA WARGA MELAYSIA HARUS TOLAK PERKASA.
    SESIAPA MANUSIA DIDUNIA BERHAK UNTUK MENGKRITIK TDM. DIMANA DICATITKAN BAHAWA PKR TIDAK ADA HAK UNTUK KRITIK TDM? ADAKAH TDM MEMPUNYAI KEKEBALAN BOLEH MKRITIK ORANG DAN ORANG LAIN TIDAK BOLEH KRITIKNYA?

    BalasPadam

dari mana demer

visitor